Thursday, 21 December 2017

Cara Banyakkan Susu Badan


Cara Tambah Susu Badan


Semua ibu seperti saya inginkan anak menyusu dari susu badannya sendiri. Rasa seronok saat menyusukan anak. Memori bersama anak kecil sangat indah. Susu ibu adalah susu yang terbaik dan banyak khasiat untuk keperluan diet nutrisi anak anda. Lagi risau bila tahu ada susu tiruan yang boleh mengundang pelbagai risiko penyakit.


Masalah paling besar bagi ibu menyusu ialah apabila mendapati susu badan kurang seolah kering. Anak asyik menangis meragam merengek dan kerap berjaga malam. Badan rasa penat letih mengantuk berjaga setiap hari setiap jam. Emosi pun jadi stress. Bertambah-tambah kalut apabila mahu uruskan hal isi rumah dan kerja. Memang sangat-sangat penat.



Cara Tambah Susu Badan



Proses penyusuan merupakan suatu kepuasan bagi ibu menyusu seperti saya

 Apabila stress susu badan kian merudum

 Pasti bayi anda kekurangan susu !!!



Cara Tambah Susu Badan


 PUNCA SUSU BADAN MERUDUM :

  • Masalah hormon
  • Pengambilan pil perancang
  • Masalah haid dan alami senggugut
  • Anda hamil
  • Anda sedang berdiet
  • Anda stress dan alami tekanan
  • Keletihan dan kelesuan
  • Pengambilan makanan yang kurang
  • Pengambilan air yang tidak cukup
  • Bayi anda tidak melekap kepada payudara dengan betul
  • Pengambilan ubatan dan herba
  • Teknik mengepam yang salah
  • Salur susu tersumbat dan bengkak
  • Kurang memahami konsep ' supply and demand '
  • Kurang untuk kosongkan payudara
  • Kurang untuk menyusukan secara direct
  • Kurang memahami teknik penyusuan yang betul
  • Bayi anda sudah pandai makan makanan pejal

CARA TAMBAH SUSU BADAN :

  1. Perbaiki dan seimbangkan hormon anda
  2. Kerap menyusui bayi anda
  3. Belajar memahami teknik penyusuan dan ransangan yang betul
  4. Banyakkan minum air
  5. Pelajari teknik posisi penyusuan yang betul
  6. Atasi stress positif anda dan dapatkan sokongan suami / keluarga
  7. Sentiasa bertenang dan tarik nafas sedalam-dalamnya
  8. Sentiasa berfikiran positif dan berpandangan luas
  9. Sediakan tubuh badan anda yang sihat dan bertenaga
  10. Sentiasalah berzikir dan memohon doa agar dipermudahkan dalam urusan menyusui anak
  11. Amalkan pengambilan diet yang sihat dan memenuhi nutrisi serta kalori harian anda sebagai ibu menyusu
  12. Dapatkan nasihat doktor atau pergi ke klinik ibu menyusu atau dapatkan nasihat pakar laktasi anda

" Alhamdulillah asfa dah berjaya menyusukan adam ziyad selama lebih 2 tahun. Anak pertama saya berjaya menyusukan setahun lebih dan anak kedua saya menyusukan 8 bulan sahaja.  Hoorey  Saya teruja dengan menyediakan tubuh badan saya cukup nutrisi untuk menyusukan anak. Saya rasa sungguh seronok. Saya banyak follow pakar laktasi di fb yang berkongsi tips penyusuan. Memang buat pengorbanan. Bukan mudah untuk disiplinkan diri pump dan buat hand expression. Untuk kekal bertenaga dan hilangkan segala penat lelah saya berusaha berikhtiar dengan amalkan pengambilan vitamin semasa menyusukan anak. Paling teruja apabila dapat buat stok susu "

Inilah vitamin yang asfa amalkan dalam tempoh penyusuan

cara tambah susu badan


Bagaimana SET MENYUSU membantu anda :


1. Pengambilan ESP

Sumber protein dan kalsium serta mengandungi 9 asid amino perlu untuk tubuh badan. Membantu menyediakan tubuh ibu dengan lebih bertenaga dan kenyang dalam tempoh yang lama. 

Pengambilan secara konsisten setiap hari dengan pelbagai variasi minuman mampu membantu memperbaiki hormon , atasi masalah selulit jerawat jeragat rambut gugur dan kuatkan rahim. Keperluan protein mempengaruhi kuantiti susu ibu dalam membekalkan protein dalam susu ibu


2. Pengambilan VITAMIN C

Sumber antioksida dan kologen yang bagus untuk kulit ibu dan bayi. Membantu menguatkan imun badan ibu dari terdedah pelbagai penyakit berjangkit seperti demam batuk dan selesema sekaligus  mencegah gejala kekurangan vitamin c. Pengambilan secara konsisten setiap hari membantu penyerapan zat besi di dalam darah dengan keistimewaan teknologi sustained release


3. Pengambilan ALFALFA COMPLEX

Sumber serat yang mengandungi klorofil dan zat vitamin mineral penting untuk tubuh badan. Telah digunakan sebagai milkbooster sejak dahulu lagi kerana mengandungi galagtogogue meransang penghasilan susu badan. Apabila tubuh badan ibu cukup untuk diransang penyusuannya maka ia akan menghasilkan susu ibu yang berkualiti dan lebih berkhasiat


4. Pengambilan B-COMPLEX

Sumber vitamin b yang menawarkan vitamin b lengkap dan mengandungi 8 komponen vitamin b. Membantu menukarkan protein lemak dan karbohidrat kepada tenaga. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. 

Jika diamalkan secara berterusan bertindak mengurangkan ketidakseimbangan emosi , mengurangkan keletihan dan memperbaiki urat saraf serta mencegah bayi jaundis. Ketenangan emosi ibu menyusu memainkan peranan  penting dalam meransang penghasilan susu. Vitamin B memainkan peranan dalam metabolisme badan. Bahan-bahan choline dan inositol menawarkan kesan yang menenangkan dalam mengurangi masalah depresi. 


5. Pengambilan OSTEMATRIX

Sumber kalsium yang mengandungi Vitamin D dan Magnesium bagus untuk meransang penghasilan susu ibu. Terbukti secara klinikal membekalkan zat-zat dan bukan sekadar pil kalsium biasa. 

Membantu membina dan memelihara tulang dan gigi yang kuat. Ada banyak kebaikan yang ibu menyusu boleh dapat dengan amalkan pengambilan ostematrix secara konsisten seperti cegah gigi reput , kurangkan sakit pinggang sakit tumit sakit belakang lenguh-lenguh , kebas-kebas kaki tangan , kurangkan senggugut , atasi sembelit dan lain-lain lagi manfaatnya kepada badan


6. Pengambilan LECITHIN

Sumber lecithin bagi memenuhi diet harian ibu menyusu. Pengambilan lecithin secara konsisten membantu mengurangkan risiko clog duct duktus susu tersumbat , melancarkan pengaliran susu ibu ,  atasi masalah pelupa  atau ' short memory ' yang biasa dilalui selepas melahirkan.

Lecithin juga membantu menyalurkan choline dan inositol di dalam susu ibu untuk perkembangan otak bayi. Jika anda ingin kurus dan kekal berat badan ideal dalam tempoh menyusukan anak anda boleh amalkan lecithin bagi membakar lemak berlebihan dalam badan ibu

Jika anda ingin amalkan Set Menyusu boleh hubungi saya 012.933.4070-asfa. Saya sedia membantu.

BOLEH DAPATKAN PRODUK SHAKLEE SECARA COD SEPERTI DI

PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI BULOH
PENGEDAR SHAKLEE KUANG
PENGEDAR SHAKLEE KUNDANG
PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU SUNGAI BULOH
PENGEDAR SHAKLEE BUKIT RAHMAN PUTRA
PENGEDAR SHAKLEE PAYA JARAS
PENGEDAR SHAKLEE KUANG
PENGEDAR SHAKLEE KUNDANG
PENGEDAR SHAKLEE DAMANSARA DAMAI




*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.









Tuesday, 19 December 2017

Cara berhenti merokok



CARA BERHENTI MEROKOK 

Pilihan untuk berhenti merokok datang dari diri sendiri dan mesti ada kemahuan untuk disiplin menolak keinginan untuk merokok semula. Jom baca tips yang boleh anda lakukan untuk kurangkan merokok.

  1. Motivasikan diri anda untuk terus konsisten berhenti merokok. Abaikan semua aura negatif yang boleh menyebabkan anda untuk merokok semula. Dapatkan sokongan keluarga isteri anak-anak dan kawan-kawan positif anda. Kukuhkan alasan yang kuat mengapa anda hendak berhenti merokok
  2. Cuba untuk melengah-lengahkan diri anda dari ketagihan ingin merokok dengan mengurangkan seberapa banyak batang rokok dari sebelumnya
  3. Apabila keinginan merokok datang semula cuba untuk bertenang dan tarik nafas sedalam-dalamnya
  4. Cuba minum air putih sekerap yang mungkin setiap kali berkeinginan untuk merokok kembali dan kalau boleh elakkan pengambilan instant kafein
  5. Cuba untuk sibukkan diri seperti jika anda dirumah boleh membantu ibuayah isteri dan anak anda dalam aktiviti harian mereka 
  6. Cuba ubah jadual atau rutin harian anda contohnya tolong isteri anda sediakan sarapan pagi dan uruskan anak
  7. Cuba kurangkan aktiviti melepak bersama kawan-kawan yang merokok yang boleh mengundang anda untuk merokok semula
  8. Cuba kawal stress dan perasaan tertekan anda dengan melihat keindahan alam semulajadi atau cuba libatkan aktiviti kawasan perumahan anda
  9. Setiap kali timbul rasa ingin merokok cubalah mandi sekerap yang mungkin bagi mengurangkan kelesuan dan memberi kesegaran
  10. Cuba amalkan senaman regangan otot dan senaman ringkas atau lakukan meditasi terapi bagi mengurangkan rasa mengantuk , minda yang tenang , fikiran yang positif dan luas
  11. Cuba perbaiki kelemahan diri dengan menghadirkan diri ke kuliah agama atau pelajari ilmu tajwid ilmu keibubapaan ilmu rumahtangga yang boleh membuat fikiran anda sibuk
  12. Banyakkan berdoa dengan spesifik minta keredhaan Allah
  13. Cuba amalkan makan buah-buahan yang mengandungi antioksida tinggi dan sayuran yang sihat. Lagi bagus jika anda amalkan jus tanpa gula putih.
  14. Cuba usaha untuk pergi ke klinik kesihatan terdekat anda dan libatkan diri dalam program aktiviti Klinik Berhenti Merokok. Di dalam program itu akan ada pegawai perubatan terlatih akan membantu anda bersama-sama cara untuk atasi ketagihan nikotin mengikut tahap ketagihan yang anda alami.
  15. Cuba rujuk doktor anda bagi mendapatkan nasihat dan ubatan yang sesuai bagi mengurangkan simptom nikotin withdrawal

TAHNIAH ANDA TELAH BUAT KEPUTUSAN HEBAT

Keputusan anda untuk berhenti merokok sangat mengujakan. Bukan mudah untuk membuat keputusan dan cuba konsisten  berhenti merokok. Berhenti merokok bermakna anda memberi keselesaan kepada orang lain dan menjauhkan orang sekeliling daripada asap yang membahayakan kesihatan. Dari segi ekonomi pasti ianya menjimatkan wang anda dan boleh dibelanjakan untuk sesuatu yang lebih baik. 


Nikotin di dalam badan anda telah merosakkan SEL SIHAT anda secara tidak langsung. Apabila sel-sel sihat anda di dalam badan yang tercemar oleh nikotin maka akan timbul pelbagai simptom penyakit. Sebenarnya punca anda ketagih dan susah mahu berhenti merokok adalah disebabkan kandungan nikotin di dalam rokok. Apabila seseorang merokok maka nikotin masuk ke dalam saluran darah menghasilkan rasa " high " dan " relax ". Secara purata nikotin dalam sebatang rokok boleh bertahan di dalam  badan selama 6-8 jam sebelum dikumuhkan melalui air kencing. Nikotin yang tersimpan di dalam badan mengambil masa 48-72 jam untuk dimetabolismekan dan dikeluarkan di dalam badan. Hasil sampingan nikotin terus berada di dalam saluran darah selama 20-30 hari. Jadi berapa batang rokok yang perokok hisap di dalam satu hari jika anda heavy smoker. Dan bayangkanlah berapa banyak nikotin berada dalam badan perokok sebelum nikotin di singkirkan daripada badan.

Cara berhenti merokok


Apakah tanda-tanda anda mengalami simptom withdrawal :

  • kerap batuk sehingga sakit dada
  • suara serak atau hilang suara
  • mudah sakit tekak dan cepat haus
  • mudah berasa panas
  • sakit dada atau pernafasan terganggu
  • pening kepala atau migrain
  • cepat marah dan emosi seolah terganggu
  • mudah berasa letih dan lesu
  • air liur terasa masin
  • jantung sering berdegup laju
  • tiada selera makan
  • alami masalah sukar tidur 
  • alami masalah kesihatan
  • bibir menjadi kering
  • alami masalah depresi
  • alami masalah deria rasa dan hidu

TAHUKAH ANDA MEROKOK BUKAN SAJA MEMBAHAYAKAN KESIHATAN MALAH ASAP DAN HABUKNYA JUGA BAHAYA KEPADA KESIHATAN JIKA SESEORANG TERDEDAH SECARA LANGSUNG DALAM JANGKA MASA PANJANG. ABU ROKOK YANG BERUPA PARTIKEL KECIL MENYEBAR DI UDARA MAMPU MEROSAKKAN JARINGAN HATI DAN OTAK !!!


Anda tidak digalakkan berhenti merokok secara mengejut kerana ia boleh mengganggu fungsi tubuh yang lain. Selain amalkan tips diatas anda juga boleh amalkan pengambilan vitamin bagi mengurangkan simptom nikotin withdrawal. Ayuh ketahui cara untuk berhenti merokok secara semulajadi.


VIVIX UNTUK BERHENTI MEROKOK


Bagaimana pengambilan vivix membantu :
  • vivix mengandungi 4 bahan utama yang sangat bagus untuk mengurangkan rasa ingin merokok dan mengatasi masalah simptom withdrawal
  • anggur muscadine sumber terbaik antioksida dan ada  20 kromosom bagi membezakannya dengan anggur biasa. Anggur ini mempunyai ciri-ciri antiradang , antivirus dan anti bakteria. Terbukti secara klinikal membantu menurunkan tahap gula dalam darah , membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan melambatkan proses penuaan
  • purple carrot sumber terbaik vitamin A dan mengandungi anthocyanins bertindak sebagai antioksida yang sangat berkesan mempunyai ciri-ciri antiradang , anti microb dan antikarsinogen. Sangat bagus untuk kesihatan jantung dan mencegah penyakit kronik.
  • elderberry di dalam vivix mempunyai sumber vitamin A dan vitamin C. Ia sangat bagus membantu meningkatkan imun badan dan membantu tubuh untuk melawan penyakit. Bioflavonoids di dalam elderberry membantu sistem imun tubuh dengan meningkatkan paras antioksidan dan menghalang virus yang merosakkan dinding sel
  • polyganum cuspidatum sumber resveratrol yang sangat tinggi. Ia digunakan untuk melambatkan proses penuaan , mengurangkan risiko sakit jantung , membantu mengurangkan rintangan insulin , mengurangkan paras asid urik dalam darah , mengurangkan kolestrol dalam darah sangat bagus untuk atasi masalah sendi atasi masalah asma dan lain-lain.
  • supplement antioksida yang mengandungi Resveratrol 98 % yang asli dan Polifenol yang mampu memperbaiki sel-sel abnormal ke normal semula dan memanjangkan telemores anda daripada kerosakan
  • mengikut kajian Landmark Study Shaklee telemores pengguna shaklee 11 % lebih panjang berbanding mereka yang bukan pengguna Shaklee
  • Antioksida di dalam vivix membantu menyingkirkan toksin nikotin di dalam badan sekaligus meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • pengambilan secara konsisten membantu memberi tenaga kepada sel tubuh anda sekaligus menghalang " DEGENERATIVE DISEASE " ialah penyakit kronik  yang disebabkan oleh radikal bebas yang terdedah kepada badan

TESTIMONI BERHENTI MEROKOK



TESTIMONI BERHENTI MEROKOK


TESTIMONI BERHENTI MEROKOK


Saya doakan anda sihat selalu. Cara berhenti merokok bermula dari diri anda sendiri. Jika anda berminat untuk ikhtiar vivix dan mahu menghadiahkan kepada insan tersayang bagi mengatasi masalah nikotin withdrawal boleh hubungi 012.933.4070-asfa

MAGICAL OF VITAMIN

BOLEH DAPATKAN PRODUK SHAKLEE SECARA COD SEPERTI DI

PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI BULOH
STOKIS SHAKLEE SUNGAI BULOH
PENGEDAR SHAKLEE KUANG
PENGEDAR SHAKLEE KUNDANG
PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU SUNGAI BULOH
PENGEDAR SHAKLEE BUKIT RAHMAN PUTRA
PENGEDAR SHAKLEE PAYA JARAS
PENGEDAR SHAKLEE KUANG
PENGEDAR SHAKLEE KUNDANG
PENGEDAR SHAKLEE DAMANSARA DAMAI

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Friday, 8 December 2017

Cara atasi penyakit kencing tikus




Penyakit Kencing Tikus
  •  nama sainsnya Leptospirosis ialah sejenis penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia (penyakit zoonosis).
  • Penyakit ini berpunca oleh bakteria spirochaete dari jenis Leptospira. Jika tidak di rawat segera, penyakit kencing tikus boleh membawa maut
Cara Jangkitan
  • Anda boleh dijangkiti jika anda terdedah kepada air makanan atau tanah lembab yang dicemari dengan air kencing haiwan yang mengandungi bakteria LEPTOSPIRA
  • Bakteria ini terdapat di dalam air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus kucing anjing lembu kambing babu kuda dan haiwan liar yang lain
  • Bakteria ini boleh memasuki tubuh manusia melalui luka atau kudis di kulit dan mulut
Cara Pencegahan

1) Elakkan aktiviti rekreasi air semasa dan selepas hujan pada musim banjir.
2) Elakkan bermain atau mandi di sungai atau kolam jika ada luka atau kudis.
3) Pekerja berisiko perlu memakai kasut but dan sarung tangan getah.
4) Tampal luka dan kudis dengan plaster yang kalis air jika terpaksa bersentuhan dengan air.
5) Elakkan minum air sungai atau kolam yang tidak di masak.
6) Elakkan premis makanan yang kotor.
7) Jaga kebersihan kawasan tempat rekreasi atau berkelah.
8) Buang sampah sarap dan sisa makanan secara sempurna.
9) Basuh tangan dan kaki dengan air dan sabun selepas aktiviti rekreasi air

Antara simptom dan gejala tersebut adalah

1) Demam yang tinggi.
2) Sakit kepala.
3) Menggigil.
4) Sakit otot.
5) Muntah.
6) Jaundis (penyakit kuning).
7) Radang mata.
8) Sakit perut.
9) Cirit birit.
10) Batuk.
11) Ruam di kulit.

BAHAYA KENCING TIKUS INI JIKA ANDA TIDAK MENDAPAT RAWATAN SEGERA !!!
TIDAK KIRA KANAK-KANAK ATAU PUN ORANG DEWASA IA BOLEH MEMBAWA MAUT
JOM KUATKAN ANTIBODI KITA
ASFA KONGSIKAN KISAH ADIK KAWAN ASFA YANG TELAH DI DIAGNOSIS DIJANGKITI KENCING TIKUS


SAKIT KENCING TIKUS BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN VIVIX DAN NUTRIFERON

Sebelum ni saya hanya pernah dengar tentang kencing tikus di berita dan saya tak sangka saya akan menjadi salah seorang yang mengalaminya. Kisah ni pada tahun lepas sekitar Ogos.
.
Pada mulanya saya berak darah lebih kurang dalam seminggu. Saya tak fikir ia sesuatu yang serius. Sebab saya tak ada sakit apa-apa. Kemudian lepas seminggu baru datang gatal-gatal badan, badan rasa lemah dan sakit kuat sangat di bahagian belakang. Rasa bisa-bisa badan.
.
Saya mula demam kebah, demam kebah dan saya cuba bertahan dua hari. Hari ketiga saya dah tak mampu tahan sakit sangat. Masa tu jam 4 pagi Subuh saya beritahu isteri dan isteri saya bawa saya ke hospital bahagian kecemasan. Saya diletakkan di katil kritikal dan dimasukkan air 8 botol. Masa tu tekanan darah terlalu rendah. Saya diletakkan di bahagian kecemasan lebih kurang 5 jam. Kemudian saya terus dihantar ke wad ICU.
.
Di sini saya diberitahu saya kena virus KENCING TIKUS. Ahli keluarga semua risau, yela kan KENCING TIKUS ni orang cakap PEMBUNUH SENYAP. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Mau tak risaunya. Semua risau terutama mak saya.
.
Di sini ICU saya dipantau rapi. Masa ni saya rasa sakit dada, muka bengkak, nak tidur pun tak selesa dan memang tak berdaya rasanya. Hati terubat bila ramai ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat.

testimoni kencing tikus


Saya ditahan di ICU selama dua hari. Masa hari kedua tu kakak saya datang dari Tanjung Malim hantarkan Vivix dan Nutriferon. Kali pertama dia bagi saya minum Vivix di katil ICU, dia bancuhkan ke dalam air botol. Merah. Pekat. Macam air sirap. Kakak saya pesan makan jugak Nutriferon yang diberi dalam bentuk sachet tu. Saya tuangkan je ke dalam mulut.
.
Selepas keluar dari ICU saya diletakkan di wad biasa selama 6 hari. Isteri saya terus berikan vitamin setiap hari. Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu.
.
Kakak saya beritahu vitamin yang diberi tu dapat membantu menguatkan imun badan saya melawan jangkitan virus dan bakteria dan memberi tenaga pada sel badan saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan. Terima kasih Shaklee.

KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY - MOHD AMIRUL BIN BADRI


set kencing tikus

SET INI MEMBANTU MENINGKATKAN IMUN BADAN SECARA SEMULAJADI BAGI MELAWAN VIRUS JANGKITAN

Pengambilan VITAMIN C
  • Dengan teknologi sustained release bertindak meningkatkan antibodi tubuh badan
  • membantu meransang interferon dan sel darah putih untuk melawan jangkitan kuman bakteria dan virus
  • bekalan vitamin c yang cukup bagus untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh
  • antioksida yang tinggi dengan bioflavonoids membantu kadar penyerapan masuk ke dalam darah dengan lebih berkesan sekaligus melindungi saluran darah dari jangkitan bakteria
Pengambilan NUTRIFERON
  • Dengan formula eksklusif dan dipatenkan oleh SHAKLEE telah terbukti bahawa pengambilan nutriferon amat berkesan meransang penghasilan interferon tubuh badan bagi melindungi dari jangkitan influenza
  • kajian telah terbukti menunjukkan interferon mampu meransang keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-CELLS B-CELLS dan MAKROFAG
  • mengandungi polisakarida untuk meransang dan mengaktifkan immunoglobin melawan sel-sel kanser dan tumor
Pengambilan VIVIX
  • antioksida yang paling tinggi kaya dengan resveratrol bertindak sehingga ke sel bagi melindungi dan memperbaiki sel agar lebih sihat lebih tenaga untuk melawan daya tahan penyakit
  • Ekstrak dari 4 bahan utama membantu meningkatkan imun badan dan melawan virus penyakit
  • membantu menggalakkan pembentukan tenaga baru mithochondria dengan meningkatkan tahap tenaga di dalam sel

INILAH IKHTIAR CARA ATASI PENYAKIT KENCING TIKUS. JIKA ANDA BERMINAT BOLEH HUBUNGI SAYA 012.933.4070

BOLEH DAPATKAN PRODUK SHAKLEE SECARA COD SEPERTI DI

PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI BULOH
PENGEDAR SHAKLEE KUANG
PENGEDAR SHAKLEE KUNDANG
PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU SUNGAI BULOH
PENGEDAR SHAKLEE BUKIT RAHMAN PUTRA



Thursday, 7 December 2017

Cara Atasi Gastrik Di sebabkan Alergik



GASTRIK SEBAB ALERGIK UDANG



Cara Atasi Gastrik Di sebabkan Alergik
.


MASALAH GASTRIK SEBAB ALERGIK UDANG KINI TIADA LAGI
Saya seorang ibu kepada 4 orang anak yg berumur daripada 10 hingga 4 tahun. Saya juga seorang guru yang berumur 42 tahun. Dan ini adalah kisah testimoni saya yang konsisten amalkan ESP, Vitamin B Complex, Vitamin C dan juga Alfalfa.
.
Saya mula-mula kena gastric semasa saya mengandung anak sulung (2007). Dan, gastric saya hanya menyerang jika saya ada makan udang. Sebelum kahwin saya takde masalah pun jika makan udang. Malahan, udang adalah makanan favorite saya, terutamanya udang sungai. Mungkin perubahan hormon semasa mengandung menyebabkan badan saya tak boleh nak terima udang. So, pendek kan cerita, saya terpaksa berpantang makan udang.
.
Selepas melahirkan anak sulung, kira2 umur anak sudah lebih 6 bulan, saya cuba lagi makan udang. Sekali lagi saya diserang gastric yang teruk. Yang mana jika saya telan Trisilox pun tak jalan.

TESTIMONI GASTRIK SEBAB ALERGIK UDANG


Mengerekot la saya kat tilam sepanjang hari. Last2 saya telan 2 biji panadol dan 2 biji Trisilok, barulah lega sikit sakit perut tu. Tetapi, dalam masa 2 hingga ke 3 hari tu, memang saya langsung tak boleh silap makan.
.
Contohnya, saya kena makan bubur..tak boleh makan nasi biasa. Itupun dlm kuantiti yg sedikit. Tak boleh juga makan makanan yg pedas dan juga berminyak. Kalo over makan atau tersalah makan, maka gastric akan kembali datang menyerang.
.
Oleh kerana sudah berasa serik dengan kesakitan gastric, maka saya lebih rela untuk berpantang daripada makan udang sampai bila2.
.
Semasa hamil anak ke 4 (2012), saya mula mengamalkan vitamin Shaklee. Antara yg saya amalkan masa tu adalah ESP, Vitamin C dan Vitamin B. Selepas bersalin hingga tamat berpantang, saya amalkan Alfalfa selain daripada vitamin 2 yg saya amalkan sebelum ini.
.
Apabila anak saya berumur 2 tahun, sekali lagi saya cuba untuk makan balik makanan kegemaran saya sejak dari zaman anak dara lagi. Dan, saya terkejut bila selepas makan tu perut saya okey je. Takde tanda2 diserang gastrik.
.
Selang seminggu kemudian, saya cuba lagi makan udang, pun masih sama, tiada lagi diserang gastric. So, dari situlah saya sedar yang vitamin Shaklee yang saya amalkan itu telah menyebabkan gastric saya sembuh walaupun pada awalnya niat saya utk amalkan Shaklee adalah utk breastfeeding.
.
Jadi, sampai hari ini, setelah anak no. 4 saya berumur 4 tahun, saya masih amalkan Shaklee. Dan, kepelbagaian vitamin yg saya dah cuba pun makin bertambah. Hampir semua vitamin Shaklee sudah saya cuba.
.
Malahan, anak2 dan suami pun saya suruh dorang amalkan vitamin Shaklee setiap hari. Dan, sehingga ke hari ini saya amat yakin dengan kualiti vitamin Shaklee. Terima kasih Shaklee.

KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY- EMY LEA



Cadangan SET GASTRIK ALERGIK UDANG


Pengambilan VITAMIN C

  •  Membantu mengawal pengeluaran histamin di dalam tubuh
  •  Membantu menguatkan antibodi
  •  Bertindak mengurangkan alergik dari berterusan
Pengambilan ALFALFA COMPLEX

  • Bersifat alkali membantu meneutralkan asid di dalam badan dan menyingkirkan toksin berlebihan melalui sistem perkumuhan
  • Berfungsi mengatasi masalah keradangan alergik
  • Pesakit SLE tidak dibenarkan makan alfalfa
Pengambilan ESP 
  • ESP mengandungi sumber protein dari tumbuh-tumbuhan yang mudah diserap oleh tubuh badan kita
  • Sifat kealkalian esp membantu meneutralkan keasidan di dalam perut
  • Membantu memberikan tenaga dan kekenyangan dalam tempoh yang lama
  • Mengandungi 20 jenis asid amino perlu dalam membantu membina sel-sel baru  bagi menggantikan sel lama yang telah rosak akibat dari hakisan asid hidroklorik
Pengambilan B-COMPLEX
  • Vtamin b bertindak sebagai penenang kepada sistem saraf 
  • Membantu mengurangkan simptom alergik
  • Membantu mengurangkan kekejangan otot dan melancarkan peredaran darah
  • Membantu menukarkan protein lemak dan karbohidrat kepada tenaga



SEKIRANYA ANDA MENGALAMI MASALAH YANG SAMA SEPERTI TESTIMONI DIATAS CUBALAH IKHTIAR DENGAN PENGAMBILAN VITAMIN. ANDA BERMINAT DENGAN SET GASTRIK INI BOLEH HUBUNGI ASFA 012.933.4070



BOLEH DAPATKAN PRODUK SHAKLEE SECARA COD SEPERTI DI

PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI BULOH
PENGEDAR SHAKLEE KUANG
PENGEDAR SHAKLEE KUNDANG
PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU SUNGAI BULOH
PENGEDAR SHAKLEE BUKIT RAHMAN PUTRA
ENGEDAR SHAKLEE PAYA JARAS
PENGEDAR SHAKLEE KUANG
PENGEDAR SHAKLEE KUNDANG
PENGEDAR SHAKLEE DAMANSARA DAMAI

Kebaikan Alfalfa Complex


KHASIAT ALFALFA



Kebaikan Alfalfa
  •  Membantu menyingkirkan toksin berlebihan dari dalam darah usus dan hati
  •  Membantu mengurangkan masalah kolesterol / diabetis
  •  Membantu melancarkan pembuangan najis 
  •  Membantu mengurangkan masalah bau badan / nafas berbau / 
  •  Membantu mengurangkan masalah kulit / resdung / jerawat 
  •  Membantu meningkatkan kesuburan dan bertindak sebagai jamu moden kepada para isteri 
  •  Membantu mengurangkan masalah keputihan
  •  Membantu mengurangkan masalah gaut / arthritis / sakit sendi
  •  Membantu menambah tenaga
  •  Membantu meningkatkan antibodi
  •  Membantu meningkatkan penghasilan susu badan ( milkbooster )
  •  Membantu mengurangkan masalah edema
  •  Membantu mengatasi masalah kencing kotor / pundi kencing / batu karang
  •  Membantu mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan dari berpanjangan 
  • Membantu memulihkan urat saraf selepas bersalin 
  •  Membantu meneutralkan asid di dalam badan 
  •  Membantu mengurangkan masalah senggugut
  •  Membantu melancarkan peredaran darah 
  • Membantu mengurangkan masalah ingin merokok 
  • Membantu mengurangkan masalah cirit birit / ketagih alkohol


* Tidak sesuai untuk ibu hamil
* Tidak sesuai untuk pesakit SLE

Jika anda berminat amalkan pengambilan Alfalfa bagi meningkatkan kesihatan anda sekeluarga. Ada banyak kebaikan alfalfa. Alfalfa ada 2 jenis saiz. Ada ALFALFA Saiz S dan ALFALFA Saiz L. Nak cuba ALFALFA bolehlah whatsp 012.933.4070-asfanorain



Jika anda mencari kawasan cod
Shaklee Sungai Buloh
Shaklee Bukit Rahman Putra 
Shaklee Bandar Baru Sungai Buloh

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Cara Atasi Masalah Gaut

CARA HILANGKAN BISA GAUT


GAUT merupakan penyakit sendi arthritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak. Ia berpunca daripada pengumpulan asid urik berlebihan di dalam darah dari pelbagai proses kimia tubuh badan samada disebabkan oleh faktor masalah pemakanan atau genetik. Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein iaitu purin. Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ini melalui air kencing tetapi apabila berlebihan dan tidak dapat disingkirkan maka ia terkumpul di dalam sendi. Inilah penyebab GAUT !!!


GAUT PADA IBU JARI


MAKANAN YANG TINGGI PURIN HARUS DIELAKKAN !! klik disini 

Setiap pesakit gaut berbeza alergik dan simptomnya. Apabila terkena gaut anda boleh membuat pengesahan dengan membuat ujian darah kadar asid urik di dalam darah. Ada perbezaan tahap asid urik wanita dan lelaki. Bila anda dapat peluang untuk memeriksa ujian darah jangan lupa tau check sekali  kadar creatine buah pinggang anda bagi memastikan fungsi buah pinggang anda berfungsi dengan baik. Urik asid juga boleh termendap di dalam buah pinggang yang boleh menyebabkan pelbagai risiko maslah lain termasuk batu karang. Jika telah di diagnosis maka ambillah ubatan yang doktor anda sarankan. Gaut ini adalah dimana berlakunya keradangan yang menyebabkan kesakitan dibahgian sendi dan berlakunya keradangan bengkak sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki di ibu jari kaki lutut dan siku tangan. Memandangkan suami asfa adalah pesakit gaut lebih 6 tahun inilah cara kurangkan sakit gaut yang suami asfa amalkan. Jom Baca.


TESTIMONI SAKIT GAUT



SAKIT GOUT SUAMI SEMAKIN PULIH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE
.

Assalamualaikum wbt
Saya Asfa Norain Masri. Saya doakan semoga anda sihat selalu. Saya ingin berkongsi dengan anda semua shaklee effect suami saya selepas amalkan pengambilan vitamin shaklee
.

Suami saya selalu mengadu sakit di bahagian ibu jari kaki dan buku lali sehingga terpaksa mengambil ubat tahan sakit setiap kali sakit. Itulah ubat yang mudah didapati. Paling menyedihkan sakitnya semakin teruk semakin bengkak seolah-olah dicucuk seluruh bahagian kaki. Bayangkan kalau kita yang terpelecok kaki atau sakit tumit setiap kali jalan.
.

Aduh pasti bisa sekali. Sakitnya tiada tertanggung. Itulah yang suami saya rasakan. Setiap kali itulah apabila pergi ke klinik mesti suami request kepada doktor untuk mengambil suntikan. Doktor menyarankan untuk membalut kaki dan menyapukan krim bagi mengurangkan masalah keradangan bengkak yang dialami.
.

Hari berganti hari sakit suami saya semakin kerap menyerang kembali dan suntikan tahan sakit itulah pilihan terbaik dan menjadi rutin apabila suami saya sakit. Kesian memgenangkan suami selalu menahan sakit ketika bekerja. Pekerjaan suami saya memerlukan untuk memakai safety boot dan sentiasa berjalan. Pada mulanya kami menyangka suami mengalami masalah tulang retak. Suami pun membuat xray kaki di hospital. Doktor memberitahu tiada tanda keretakan dikedua kaki suami. Lega rasanya.
.

Memandangkan suami saya jenis yang aktif bersukan saya sarankan suami pergi berurut dengan pelbagai keistimewaan si tukang urut urat dan urut betulkan ibu jari kaki yang bengkak. Sakitnya masa diurut hanya suami saya yang lebih mengerti. Jeritan suami masa diurut memilukan hati saya.
.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan sakit itu berulang semula acapkali suami saya tersilap makan dan minum. Suami sering mengadu kaki terasa sangat berbisa sekali apabila cuba berjalan. Sebak saya melihat suami berjalan terhencut-hencut. Ada ketika sehingga terpaksa papah dinding. Ada masanya suami saya tidak tahan menahan sakit apabila menyerang secara tiba-tiba tanpa mengira masa. Suami cakap makan ubat apa pun dah tak ada kesan
.

Suami saya sering menyangkal apabila saya mengatakan mungkinkah penyakit gaut. Takkan di usia 30 an sudah mempunyai masalah gaut. Akhirnya kami sepakat untuk membuat pemeriksaan darah. Saat menanti keputusan ujian darah suami rasa berdebar. Jeng jeng.. Doktor menjelaskan keputusan darah suami saya dan ia jelas menunjukkan paras asid urik yang agak tinggi di dalam darah lantas mengesahkan penyakit gaut.
.

Selepas mengetahui penyakit yang menghantui suami saya selama beberapa tahun ini kami cuba berikhtiar dengan pelbagai jenis ubat dan jus yang boleh membantu mengurangkan sakit. Namun tiada hasil. Malah suami juga mengamalkan pelbagai petua bagi mengurangkan sakit. Tetap tidak berkesan. Sedih sakit itu tidak pernah berkurangan
.

Alhamdulillah..akhirnya dengan izin dari Allah yang Maha Penyembuh kesihatan suami saya semakin berkurangan dari hari ke hari setelah konsisten mengambil supplement shaklee. Suami saya mengambil Vivix Alfalfa Omega Herbalax dan Lecithin secara konsisten setiap hari. Saya sering mengingatkan suami untuk kurangkan pengambilan minuman bergula dan banyakkan pengambilan air kosong.
.

Pengambilan vitamin ini membantu mengurangkan masalah keradangan bisa bengkak gaut yang dialami suami saya.
Membantu menyingkirkan toksin dalam badan
Membantu mengurangkan masalah keradangan bengkak disebabkan masalah gaut
Membantu melawaskan pembuangan usus dan kencing
Membantu mengurangkan risiko batu karang dan memperbaiki kesihatan buah pinggang
.

Sekarang suami saya tiada lagi sakit setiap bulan seperti dahulu. Kini tiada lagi suntikan. Saya rasa bersyukur sangat. Paling penting pengambilan makanan yang tinggi purin harus dikurangkan bagi menjaga kesihatan. Sehingga sekarang suami masih lagi amalkan pengambilan vitamin Set Detox terdiri dari Herbalax Alfalfa dan Lecithin bagi menyingkirkan toksin berlebihan di dalam badan sekaligus meningkatkan kesihatan fungsi sendi. Terima kasih shaklee. Alhamdulillah.

kredit : SUPERMOM SHAKLEE STORY - ASFA NORAIN MASRI

Bagaimana SET GAUT membantu mengurangkan asid urik dalam darah

Pengambilan VITAMIN ALFALFA
  • Alfalfa adalah RAJA SEGALA TUMBUHAN dan kaya dengan klorofil mengandungi serat protin asid amino 16 zat galian 10 vitamin 8 enzim dan fitokimia
  • bertindak dengan menyingkirkan asid urik berlebihan melalui sistem perkumuhan
  • sifat alfalfa sendiri yang beralkali membantu meneutralkan asid urik bagi menyingkirkan lebihan toksin dalam badan
  • membantu proses detox darah hati dan usus secara semulajadi dalam menyingkirkan toksin secara lembut dari dalam badan
  • membantu mengurangkan dan melegakan keradangan sendi akibat bengkak
  • membantu mencegah dan merawat arthritis dan meningkatkan kesihatan sendi 
  • membantu menyingkirkan lemak dan garam mineral berlebihan di dalam badan
  • membantu mencegah risiko batu karang
  • kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang amalkan alfalfa membantu menghapuskan lemak mengurangkan kolestrol mencegah penyakit jantung strok dan darah tinggi. Ini kerana alfalfa mengandungi saponin
  • tidak boleh diambil oleh pesakit SLE

Pengambilan VITAMIN HERBALAX
  • Herbalax mengandungi 9 herba semulajadi yang banyak digunakan sejak dahulu lagi iaitu alfalfa leaves , senna leaves , buckhorn bark ,licorice root , anise seed , malva flower , fennel seed dan culvers root
  • sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti secara klinikal sesuai digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang
  • membantu menyingkirkan toksin lelemak lelendir di dalam usus
  • membantu mengurangkan masalah buasir dan sembelit
  • membantu mempercepatkan proses detoksifikasi supaya penyerapan zat vitamin lebih berkesan
  • membantu menyingkirkan masalah lebihan air dalam badan
  • membantu menyingkirkan toksin di dalam usus hati dan darah
  • tidak boleh diambil oleh pesakit SLE

Pengambilan VITAMIN LECITHIN
  • Lecithin bertindak sebagai pemmbersih salur darah dalam membantu pemecahan lemak dan kolestrol di dalam badan
  • membantu menyingkirkan dan meleraikan toksin di dalam usus
  • membantu melindungi hati dari berlemak dan menyingkirkan toksin dari hati sekaligus membantu memulihkan kesihatan hati
  • membantu mengurangkan risiko masalah batu karang
  • membantu meningkatkan fungsi otak
  • membantu meningkatkan imun badan dengan cara membalut sel darah merah dari serangan virus
  • membantu mengurangkan berat badan

TESTIMONI SAKIT GAUT


Pengambilan VITAMIN OMEGA GUARD
  • Omega guard  diekstrak dari ikan laut sejuk ( sardin mackerel herring anchovies) diperairan jepun dan dihasilkan melalui proses penyulingan proprietri 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen
  • Omega adalah minyak ikan terbaik didunia yang menggunakan kaedah teknologi ultratulen bergred farmaseutikal
  • Mengandungi DHA dan AHA membantu bertindak sebagai anti radang dan anti inflamasi mengurangkan masalah bengkak gaut
  • paras asid omega 3 larut dalam tisu rawan dan kerana itulah ia mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan sekaligus membantu mencegah arthritis dan memelihara fungsi sendi terutama gaut
  • membantu mengurangkan risiko kolestrol tinggi dan darah tinggi
  • membantu meningkatkan imun badan
  • membantu melancarkan peredaran darah
  • membantu memperbaiki dan meningkatkan fungsi kesihatan buah pinggang
  • membantu menyingkirkan lemak dan toksin dalam badan melalui sistem perkumuhan
  • membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%

Pengambilan VITAMIN VIVIX
  • Mengandungi ANTIOKSIDA terbaik  98% RESVERATROL dan 15 POLIFENOL dimana kajian di Harvard Universiti mendapati  bahawa kandungan Resveratrol di dalam Anggur muscadine dan Japanese knotweed  dalam membantu menurunkan paras asid urik dalam badan. Kedua bahan ini adalah antara bahan utama vivix
  • gabungan resveratrol dan polifenol telah dipatenkan oleh Shaklee jadi tiada produk setanding yang boleh meniru keistimewaan bahan di dalam vivix
  • para saintis mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan vivix dan telah menjalani ujian klinikal membuktikan ianya berkesan dan selamat diamalkan
  • Resveratrol bertindak memperbaiki dan memberi tenaga kepada sel tulang dan sel tisu yang sihat
  • membantu memperlahankan pembentukan protein AGE yang terhasil akibat dari lebihan gula dan protein
  • Resveratrol membantu mengurangkan masalah keradangan arthritis dan masalah bisa gaut
  • membantu meningkatkan kesihatan fungsi sendi dan otot
  • membantu mengurangkan faktor punca terjadinya masalah yang berkaitan sendi
  • Resveratrol membantu menyingkirkan asid urik berlebihan di dalam badan 

Pengambilan KRIM HERBAL BLEND
  • dihasilkan dari bahan herba semulajadi iaitu sage horse chestnut yarrow dan rosemarry
  • membantu mengurangkan keradangan bengkak dan ketidakselesaan 
  • ekstrak dari yarrow berupaya mengurangkan kesakitan 



Jadi inilah vitamin yang suami asfa amalkan. Jika anda mempunyai masalah yang sama dan telah mencuba pelbagai cara hilangkan bisa sakit gaut apakata anda ikhtiar pengambilan vitamin semulajadi dari membiarkan diri terus menahan sakit berdenyut-denyut sehingga menjejaskan kualiti masa bekerja masa bersama keluarga. Jika ada insan tersayang anda sakit sanggupkah anda melihat kesakitan derita itu terus membelenggu hidup orang anda cinta. Tahukah anda risiko gaut boleh mengganggu fungsi buah pinggang dan dapat batu karang. 


SEKIRANYA ANDA BERMINAT MEMILIKI PRODUK SET GAUT  PEMBELIAN BOLEH DIBUAT SAMADA SECARA ONLINE KREDIT CARD ATAU DEBIT CARD




WHATSP : 012-9334070
IG : shakleeasfa_sgbuloh_vivix
PAGE : Magical Of Vitamin
POS SELURUH MALAYSIA BRUNEI SINGAPURA

BOLEH DAPATKAN PRODUK SHAKLEE SECARA COD SEPERTI DI

PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI BULOH
PENGEDAR SHAKLEE KUANG
PENGEDAR SHAKLEE KUNDANG
PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU SUNGAI BULOH
PENGEDAR SHAKLEE BUKIT RAHMAN PUTRA
ENGEDAR SHAKLEE PAYA JARAS
PENGEDAR SHAKLEE KUANG
PENGEDAR SHAKLEE KUNDANG
PENGEDAR SHAKLEE DAMANSARA DAMAI


ANDA JUGA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA DENGAN SETIAP PEMBELIAN ANDA

 MALAH ANDA AKAN MENDAPAT
KHIDMAT KONSULTANSI SECARA PERCUMA
JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


  

Cara atasi kebas tangan dan kaki

CARA ATASI MASALAH KEBAS TANGAN


Korang pernah tak rasa kebas pada tangan dan kaki secara tiba-tiba apabila tengah drive tengah menulis tengah buat kerja rumah atau tengah berehat-rehat dikerusi sambil melayan gajet. Kekadang posisi tangan saat tidur rasa seolah-olah ditusuk jarum. Lama kelamaan masalah kebas itu sangat mengganggu jika terlalu kerap menyerang sakitnya dan berasa tidak selesa. 

Tanda punca kenapa berterusan kebas mungkin anda berisiko :
  • kencing manis
  • kolestrol tinggi dalam darah
  • berat badan berlebihan
  • arthritis atau penyakit sendi
  • faktor usia
  • kekurangan vitamin B6 B12 dan kalsium
  • terlalu kerap menggunakan pergelangan tangan terutama atlet sukan raket
  • golongan pekerja yang banyak menggunakan mesin bergetar setiap hari
  • penggunaan peralatan elektronik terlalu lama

Masalah berkaitan kebas tangan boleh rujuk doktor orthopedik anda yang berdekatan. RISAU SUNGGUH jika anda didiagnosis mengalami masalah CARPAL TUNNEL SYNDROME.  CTS penyakit yang berkaitan saraf  dan apabila saraf terganggu membuat rasa kebas khususnya pada tangan. Saraf ini akan terhimpit pada saluran darah menyebabkan kebas pada ibu jari tangan jari telunjuk jari tengah dan jari manis. Berbalik kepada CTS rawatan pengambilan ubatan suntikan steroid fisioterapi dan pembedahan mampu mengurangkan simptom kebas dari berlarutan. Jom baca kisah ini cara atasi kebas tangan dan kaki.
.

TESTIMONI KEBAS TANGAN


MASALAH SEMUT-SEMUT KRONIK PADA TANGAN BERANSUR SEMBUH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE
.


Assalamualaikum saya Azalin Adzhar , lebih mesra jika dipanggil Lin. Lin seorang ibu kepada 3 orang cahayamata . 

Pada pertengahan usia Lin 20an Lin kerap alami masalah semut-semut tapi ia datang dan pergi. Rasa semut-semut tu tidak pernah mengganggu aktiviti harian Lin. Jadi Lin tak ada lah rujuk kemana-mana doktor. 
.

Sampailah pada tahun 2011 ketika usia anak kedua Lin lebih kurang 4 bulan. Setiap kali bangun pagi tangan kanan Lin tak boleh bergerak, jari-jari tangan jadi kaku tapi lepas dipicit beberapa kali Alhamdulillah ok. Mula-mula ingin biasa je, sampailah satu hari tu tangan kanan sakit sangat rasa macam ada aliran letrik, mencucuk-cucuk dan sukar nk digerakkan. Kebiasaannya dia terjadi waktu malam masa tengah nyenyak tidur. Bayangkan sakitnya boleh buat Lin terjaga dari tidur. Sejak tu boleh dikatakan setiap hari Lin menangis tengah-tengah malam menahan sakit. Semakin hari semakin sakit. 



Sakitnya bukan setakat tu je, Lin kalau menulis pun hanya mampu tulis 2 atau 3 patah perkataan. Kalau pegang sudu atau apa-apa pun hanya untuk beberapa saat je. Hujung-hujung akan rasa mencucuk-cucuk dan jari tak mampu nak pegang apa-apa. Belum bab dukung anak, setiap kali nak dukung anak Lin mesti anduh dengan kain. Ya Allah takutnya kalau anak terlepas.
.

Lin ada juga pergi mengurut, rendam tangan dengan air suam tapi keadaan sama juga. Sakitnya tak hilang malahan ia makin sakit. Lin ambil keputusan pergi ke HKL buat pemeriksaan. Ujian darah, xray semua kena buat dan lin terus dirujuk ke pakar tulang atau ortopedik. Mula-mula doktor jangkakan lin ada masalah rheumatoid arthritis atau carpal tunnel. Alhamdulillah dari ujian darah lin bebas dari kedua-duanya. Doktor kata saraf lin mengeras dan melekat antara satu sama lain. Sejak dari tu lin diarahkan jalani rawatan fisioterapi dan dibekalkan dengan vitamin B dan panadol sebagai ubat tahan sakit. 
.

Ada satu hari tu Lin cerita dengan kawan pasal sakit Lin ni, dia cadangkan supplement shaklee. Dia cadangkan lin makan B COMPLEX dan OSTEMATRIX. Demi untuk sihat lin keluarkan belanja sendiri beli supplement tu, lagipun B Complex shaklee tak berbau jika dibandingkan dengan vitamin B hospital. Tekak Lin memang susah sikit nak telan bau vitamin B hospital. 
.

Hampir setahun setengah Lin buat fisioterapi dan makan B Complex serta Ostematrix. Alhamdulillah tangan Lin sekarang boleh menggenggam dan lakukan aktiviti harian seperti biasa. Senaman tangan pun lin masih lakukan setiap pagi dan petang sampai sekarang. Tak sanggup rasanya untuk lalui kesakitan dulu lagi sekali. 
.

Bagi anda yang ada masalah semut-semut atau kebas-kebas boleh usaha dengan mengamalkan pengambilan B complex dan Ostematrix. Dari penjelasan doktor masalah yang Lin hadapi berpunca dari masalah semut-semut yang dipandang ringan.

kredit : SUPERMOM SHAKLEE STORY -  AZALIN ADZHAR


Dapat aduan dari Cik Somi selalu kebas tangan kaki masa bawa motor dan drive kereta. Saya terus bagi Cik Somi telan Set Kebas bagi meningkatkan kesihatan fungsi saraf dan mengurangkan keradangan
Alhamdulillah.. Kurang dah rasa kebas tu ðŸ™‚

Bahaya bila kita abaikan salah satu simptom kebas tidak kiralah sindrom carpal tunnel ke alamak risau dah kot ada kolestrol tggi ke ada kencing manis 

Cara atasi  kebas tangan dan kaki adalah dengan pengambilan SET KEBAS in syaa allah membantu mengurangkan masalah kebas yang anda alami


SET KEBAS


Pengambilan VITAMIN BCOMPLEX
  • mengandungi semua 8 komponen vitamin B6 dan B12 yang merupakan makanan kepada saraf
  • membantu meningkatkan kesihatan fungsi saraf
  • membantu mengurangkan masalah keradangan bengkak saraf
  • membantu mengurangkan masalah ketegangan saraf otot
  • membantu meransang pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia
  • membantu meransang perjalanan darah yang lancar
  • membantu mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • membantu memulihkan gangguan saraf
  • penting untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik
  • mengandungi biotin untuk keseimbangan dan penyerapan yang berkesan
  • membantu mengurangkan masalah depresi atau stress sebagai penenang
  • membantu mengurangkan masalah migrain sakit kepada dari berterusan

Pengambilan VITAMIN OSTEMATRIX
  • sumber kalsium yang tinggi dan mengandungi magnesium serta vitamin D untuk membantu penyerapan lebih berkesan
  • membantu mengurangkan masalah kebas sesemut kejang
  • membantu mengurangkan masalah gangguan saraf dan otot
  • mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan dari berpanjangan
  • membantu mengurangkan masalah sendi arthritis
  • membantu menguatkan tulang gigi dan otot serta mencegah risiko osteoporosis
Pengambilan VITAMIN OMEGA GUARD
  • mengandungi omega 3 yang bertindak sebagai anti radang dan anti inflamasi bagi mengurangkan simpton kebas dan sakit sendi
  • membantu mengurangkan risiko masalah kolestrol tinggi darah tinggi dan kencing manis
  • membantu mengurangkan keradangan urat saraf
  • membantu  melancarkan peredaran darah
  • membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok
  • membantu meningkatkan kesihatan sendi dan otot
  • membantu meningkatkan antibodi tubuh badan

SEKIRANYA ANDA BERMINAT BOLEH HUBUNGI 012.933.4070-ASFA




PAGE : Magical Of Vitamin
POS SELURUH MALAYSIA BRUNEI SINGAPURA

BOLEH DAPATKAN PRODUK SHAKLEE SECARA COD SEPERTI DI

PENGEDAR SAH SHAKLEE SUNGAI BULOH
PENGEDAR SHAKLEE KUANG
PENGEDAR SHAKLEE KUNDANG
PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU SUNGAI BULOH
PENGEDAR SHAKLEE BUKIT RAHMAN PUTRA
ENGEDAR SHAKLEE PAYA JARAS
PENGEDAR SHAKLEE KUANG
PENGEDAR SHAKLEE KUNDANG
PENGEDAR SHAKLEE DAMANSARA DAMAI

ANDA JUGA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA DENGAN SETIAP PEMBELIAN ANDA

 MALAH ANDA AKAN MENDAPAT
KHIDMAT KONSULTANSI SECARA PERCUMA
JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Jenis Buasir Dan Cara Atasi Buasir Dengan Cepat

Cara Atasi Masalah Buasir Berdarah  Apa Itu Buasir Buasir atau hemorroid adalah salur darah vena yang membesar di bahagian re...