Tuesday, 25 September 2018

Jenis Buasir Dan Cara Atasi Buasir Dengan Cepat

Cara Atasi Masalah Buasir Berdarah 

Jenis Buasir Dan Cara Atasi Buasir Dengan Cepat


Apa Itu Buasir

Buasir atau hemorroid adalah salur darah vena yang membesar di bahagian rektum dan kawasan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya berubah menjadi radang dan bengkak

Jenis Buasir Dan Cara Atasi Buasir Dengan Cepat


Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung lokasi iaitu buasir luaran dan buasir dalaman. Kedua-dua simptom ini mempunyai masalah yang berbeza

Jenis Buasir Dan Cara Atasi Buasir Dengan Cepat


Buasir Dalaman

Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Kebiasaannya pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan dan ada juga pesakit yang terasa seperti ada unjuran yang terkeluar dari dubur. Unjuran ini mungkin hilang sendiri dan ada yang terpaksa ditolak balik unjuran masuk ke dalam


Buasir Luaran

Merupakan salur darah vena di bahagian kawasan luar dari dubur. Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal, bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang di rasai oleh seseorang pesakit juga berbeza. Sakit yang teramat sangat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku

Jenis Buasir Dan Cara Atasi Buasir Dengan Cepat

Ada 4 Tahap Buasir

Tahap pertama

Berlaku pendarahan dan bengkak di bahagian dubur.  Kelihatan ia menonjol keluar

Tahap Kedua

Sembelit dan masalah pencernaan sering berlaku di sebabkan pergerakan usus yang tidak baik. Bengkak berdarah akan terjadi tetapi akan kembali ke dalam saluran dubur semula

Tahap 3

Melalui simptom yang sama seperti tahap 1 dan 2 tetapi pembengkakan berlaku hanya di dalam selepas ditolak masuk secara fizikal

Tahap 4

Simptom buasir semakin teruk dan buasir luaran akan kelihatan merah pedih bengkak sakit berdarah sehingga tidak boleh duduk atau baring dengan sempurna malah sukar untuk membuang air besar atau meneran. Masalah penghadaman dan masalah pencernaan akan terganggu di sebabkan buasir tersebut

Jenis Buasir Dan Cara Atasi Buasir Dengan Cepat


Cara Atasi Simptom Buasir


1. Pengambilan sayuran dan buahan yang tinggi serat

Anda di galakkan untuk mengambil diet sayuran dan buaha-buahan yang tinggi serat bagi mengurangkan risiko sembelit

2. Pengambilan Air

Anda jangan di sarankan mengambil air 8 hingga 10 gelas air setiap hari bagi mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan najis

3. Elakkan Pengambilan Julap

Pengambilan julap boleh menyebabkan cirit-birit dan menggangu masalah buasir anda

4. Mandi Air Suam

Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan terutama ketika anda mahu mencuci dubur anda

5. Gunakan Ais Dan Garam

Sekiranya terdapat pembengkakan anda boleh gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen air yang mengandungi air garam

6. Sentiasa Bersenam

Jadualkan waktu anda untuk lakukan senaman ringan seperti berjalan boleh memjaga darah dan usus anda bergerak.  Jangan lakukan senaman yang berat kerana ia boleh memberi tekanan kepada buasir anda

7. Jangan Tahan Buang Air Besar

Setiap kali anda ingin membuang air besar jangan di tahan dalam tempoh masa yang lama kerana ia akan menyebabkan kesakitan apabila anda hendak meneran

8. Kawal Stress

Kawal tekanan dan stress anda samada di tempat kerja atau di rumah atau dalam sesuatu perhubungan kerana kebimbangan boleh terjadi secara tiba-tiba. Apabila anda rasa tertekan ia akan menggangu masalah buasir anda

9. Jangan Angkat Berat

Ada pekerjaan yang memerlukan tenaga yang lebih besar sehingga menyebabkan ketegangan pada urat di dalam rektum anda. Jadi kurangkan mengangkat barang yang berat melebihi dari kemampuan anda untuk mencegah buasir

10. Pengambilan Vitamin

Ada vitamin yang sesuai untuk membantu luka rektum buasir anda. Pastikan vitamin yang anda ingin ambil daripada bahan-bahan organik,memenuhi nutrisi diet pesakit buasir dan mempunyai ujian klinikal. 

Apakah Vitamin Yang Dapat Membantu Masalah Buasir

Ostematrix

1. Ostematrix

Pengambilan ostematrix yang mengandungi kalsium, magnesium vitamin D dan mineral lain membantu melembutkan najis dalam meransang kelancaran semasa proses pembuangan najis, menguatkan otot-otot usus bekerja dan mengelakkan kawasan buasir menjadi teruk


Vitamin c


2. Vitamin C

Pengambilan vitamin c yang mengandungi bioflavonoid dan antioksida yang tinggi membantu lebih berkesan dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka di saluran rektum. Fungsi bioflavonoids adalah mengukuhkan dinding saluran darah dan meningkatkan peredaran darah di kawasan rektum. Kajian telah menunjukkan bahawa bioflavonoids berkesan boleh membantu dalam mengurangkan gejala buasir

Omega guard untuk buasir


3. Omega Guard

Pengambilan asid lemak omega 3 membantu mengurangkan keradangan bengkak dan melembutkan najis setiap kali mahu meneran dan selepas membuang

Bcomplex untuk buasir


4. Bcomplex

Pengambilan vitamin B1 B6 B12 membantu mengurangkan masalah pencernaan dan penghadaman serta meningkatkan contractility saluran gastrousus agar rektum tidak terlalu stress,  mencegah kerosakan urat saraf, diperlukan untuk memproses pembaikan sel-sel darah merah dan bertindak sebagai ubat tahan sakit yang berkesan

Vitamin E untuk buasir


5. Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin larut lemak dan mempunyai ciri-ciri antioksida. Pengambilan vitamin e membantu meningkatkan peredaran darah dan menggalakkan pertumbuhan tisu penghubung. Ia akan membantu mengurangkan kesakitan dan menenangkan kawasan rektum. 

Vivix untuk buasir


6. Vivix

Pengambilan serat yang diekstrak dari 4 bahan utamanya anggur muscadine, purple carrot, polyganum cuspidatum dan elderberry mengandungi serat dan antiradang yang tinggi membantu mengurangkan keradangan setiap kali meneran,melembutkan najis, melawaskan pembuangan, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan memperbaiki sel tidak normal pada saluran vena rektum anda



Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi saya


Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya

Penghantaran sekitar Sungai Buloh, Damansara Damai, Subang, Klang Lama,  Sekinchan,  Sungai Besar

Asfa Norain
Pengedar Shaklee Sungai Buloh
Call/SMS/Whatsp : 012.933.4070

No comments:

Post a Comment

Jenis Buasir Dan Cara Atasi Buasir Dengan Cepat

Cara Atasi Masalah Buasir Berdarah  Apa Itu Buasir Buasir atau hemorroid adalah salur darah vena yang membesar di bahagian re...