Cara Atasi Masalah Buasir Berdarah
Apa Itu Buasir
Buasir atau hemorroid adalah salur darah vena yang membesar di bahagian rektum dan kawasan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya berubah menjadi radang dan bengkak
Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung lokasi iaitu buasir luaran dan buasir dalaman. Kedua-dua simptom ini mempunyai masalah yang berbeza
Buasir Dalaman
Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Kebiasaannya pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan dan ada juga pesakit yang terasa seperti ada unjuran yang terkeluar dari dubur. Unjuran ini mungkin hilang sendiri dan ada yang terpaksa ditolak balik unjuran masuk ke dalam
Buasir Luaran
Merupakan salur darah vena di bahagian kawasan luar dari dubur. Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal, bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang di rasai oleh seseorang pesakit juga berbeza. Sakit yang teramat sangat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku
Ada 4 Tahap Buasir
Tahap pertama
Berlaku pendarahan dan bengkak di bahagian dubur. Kelihatan ia menonjol keluar
Tahap Kedua
Sembelit dan masalah pencernaan sering berlaku di sebabkan pergerakan usus yang tidak baik. Bengkak berdarah akan terjadi tetapi akan kembali ke dalam saluran dubur semula
Tahap 3
Melalui simptom yang sama seperti tahap 1 dan 2 tetapi pembengkakan berlaku hanya di dalam selepas ditolak masuk secara fizikal
Tahap 4
Simptom buasir semakin teruk dan buasir luaran akan kelihatan merah pedih bengkak sakit berdarah sehingga tidak boleh duduk atau baring dengan sempurna malah sukar untuk membuang air besar atau meneran. Masalah penghadaman dan masalah pencernaan akan terganggu di sebabkan buasir tersebut
Cara Atasi Simptom Buasir
1. Pengambilan sayuran dan buahan yang tinggi serat
Anda di galakkan untuk mengambil diet sayuran dan buaha-buahan yang tinggi serat bagi mengurangkan risiko sembelit
2. Pengambilan Air
Anda jangan di sarankan mengambil air 8 hingga 10 gelas air setiap hari bagi mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan najis
3. Elakkan Pengambilan Julap
Pengambilan julap boleh menyebabkan cirit-birit dan menggangu masalah buasir anda
4. Mandi Air Suam
Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan terutama ketika anda mahu mencuci dubur anda
5. Gunakan Ais Dan Garam
Sekiranya terdapat pembengkakan anda boleh gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen air yang mengandungi air garam
6. Sentiasa Bersenam
Jadualkan waktu anda untuk lakukan senaman ringan seperti berjalan boleh memjaga darah dan usus anda bergerak. Jangan lakukan senaman yang berat kerana ia boleh memberi tekanan kepada buasir anda
7. Jangan Tahan Buang Air Besar
Setiap kali anda ingin membuang air besar jangan di tahan dalam tempoh masa yang lama kerana ia akan menyebabkan kesakitan apabila anda hendak meneran
8. Kawal Stress
Kawal tekanan dan stress anda samada di tempat kerja atau di rumah atau dalam sesuatu perhubungan kerana kebimbangan boleh terjadi secara tiba-tiba. Apabila anda rasa tertekan ia akan menggangu masalah buasir anda
9. Jangan Angkat Berat
Ada pekerjaan yang memerlukan tenaga yang lebih besar sehingga menyebabkan ketegangan pada urat di dalam rektum anda. Jadi kurangkan mengangkat barang yang berat melebihi dari kemampuan anda untuk mencegah buasir
10. Pengambilan Vitamin
Ada vitamin yang sesuai untuk membantu luka rektum buasir anda. Pastikan vitamin yang anda ingin ambil daripada bahan-bahan organik,memenuhi nutrisi diet pesakit buasir dan mempunyai ujian klinikal.
Apakah Vitamin Yang Dapat Membantu Masalah Buasir
1. Ostematrix
Pengambilan ostematrix yang mengandungi kalsium, magnesium vitamin D dan mineral lain membantu melembutkan najis dalam meransang kelancaran semasa proses pembuangan najis, menguatkan otot-otot usus bekerja dan mengelakkan kawasan buasir menjadi teruk
2. Vitamin C
Pengambilan vitamin c yang mengandungi bioflavonoid dan antioksida yang tinggi membantu lebih berkesan dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka di saluran rektum. Fungsi bioflavonoids adalah mengukuhkan dinding saluran darah dan meningkatkan peredaran darah di kawasan rektum. Kajian telah menunjukkan bahawa bioflavonoids berkesan boleh membantu dalam mengurangkan gejala buasir
3. Omega Guard
Pengambilan asid lemak omega 3 membantu mengurangkan keradangan bengkak dan melembutkan najis setiap kali mahu meneran dan selepas membuang
4. Bcomplex
Pengambilan vitamin B1 B6 B12 membantu mengurangkan masalah pencernaan dan penghadaman serta meningkatkan contractility saluran gastrousus agar rektum tidak terlalu stress, mencegah kerosakan urat saraf, diperlukan untuk memproses pembaikan sel-sel darah merah dan bertindak sebagai ubat tahan sakit yang berkesan
5. Vitamin E
Vitamin E adalah vitamin larut lemak dan mempunyai ciri-ciri antioksida. Pengambilan vitamin e membantu meningkatkan peredaran darah dan menggalakkan pertumbuhan tisu penghubung. Ia akan membantu mengurangkan kesakitan dan menenangkan kawasan rektum.
6. Vivix
Pengambilan serat yang diekstrak dari 4 bahan utamanya anggur muscadine, purple carrot, polyganum cuspidatum dan elderberry mengandungi serat dan antiradang yang tinggi membantu mengurangkan keradangan setiap kali meneran,melembutkan najis, melawaskan pembuangan, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan memperbaiki sel tidak normal pada saluran vena rektum anda
Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi saya
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya
Penghantaran sekitar Sungai Buloh, Damansara Damai, Subang, Klang Lama, Sekinchan, Sungai Besar
Asfa Norain
Pengedar Shaklee Sungai Buloh
Call/SMS/Whatsp : 012.933.4070
Pengedar Shaklee Sungai Buloh
Call/SMS/Whatsp : 012.933.4070

























































