Monday, 30 April 2018

CARA ATASI MASALAH ANEMIA SEMASA HAMIL


BACAAN HB MENINGKAT SELEPAS AMALKAN VITAMIN SHAKLEE


CARA ATASI MASALAH ANEMIA SEMASA HAMIL



JOM BACA PERKONGSIAN UNTUK ATASI MASALAH ANEMIA SEMASA HAMIL


Assalamualaikum.

Saya Maisarah binti Md Saupi, ibu kepada 3 orang anak.
Produk shaklee kesukaan Mai ialah set Ibu Hamil.Kenapa Mai sangat suka set Ibu Hamil ini kerana Mai merasai sendiri perbezaan ketika hamil anak ke-3 dengan anak-anak yang sebelumnya. Perbezaan yang sangat ketara dan sangat mengembirakan.
.

Mai mengamalkan Vitalea,B-Complex,vitamin C,Ostematrix dan Omega. Ketika Mai hamil anak pertama dan kedua bacaan HB sangat mendukacitakan yang mana setiap kali checkup nurse akan tulis bacaan HB menggunakan pen merah itu bermaksud bacaan HB Mai di bawah bacaan 11 dan juga disahkan mempunyai masalah anemia.
.

Lagi sedih hamil anak ke-2 bacaan HB Mai sentiasa di bawah 10 dan turun sehingga 8.2. Oleh kerana bacaan Hb Mai makin rendah berbanding anak pertama sedangkan Mai telah mencuba bermacam-macam vitamin yang di sarankan oleh nurse dan doktor tetapi bacaan tetap sama maka dihujung kehamilan kedua. Doktor menyarankan Mai untuk membuat ujian darah iaitu ujian thalesimia dan akhirnya Mai disahkan Beta Thalassaemia trait (pembawa thalesimia) dan doktor bagitahu normal bagi ibu yang pembawa thalesimia mendapat bacaan HB di bawah 11.
.

Selepas Mai di sahkan hamil anak ke-3 Mai membuat keputusan untuk mengamalkan vitamin Shaklee sahaja untuk kali ini.Apa yang memeranjatkan Mai bacaan Hb cantik dan bacaan semakin menaik sehingga bacaan semasa checkup terakhir sebelum bersalin ialah 14.2. Mai tak pernah dapat bacaan secantik ini sebelum ini walaupun semasa tidak hamil.
.

Sebab ini lah Mai sangat sukakan set Hamil Shaklee dan kesan lain yang Mai dapat ialah tiada masalah kekejangan kaki yang mana semasa hamil anak kedua Mai kerap kali mengalami kekejangan kaki. Aduh ibu-ibu yang pernah mengalaminya tahu kan betapa sakitnya bila kaki kejang (org kelantan sebut nyetok karung).Tapi hamil kali ke 3 hanya sekali Mai kejang kaki itu pun sebab penat berjalan seharian.
.

Apa yang Mai perasan juga bila konsisten ambil Omega Guard berat badan Mai semasa hamil hanya naik 6kg sahaja sampai ada yang tegur tak nampak naik pun badan perut je naik. Padahal hamil sebulum ini lagi-lagi anak ke-2 badan macam di pum pum..hehe..
.

Buat ibu2 diluar sana yang mencari cari set hamil terbaik, Mai sangat2 syorkan set hamil Shaklee ini kerana Mai sendiri dah merasai perbezaannya dan produk Shaklee dijamin semulajadi, selamat dan berkesan.



KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-MAISARAH MD SAUFI

Sunday, 29 April 2018

TESTIMONI AMALKAN SET KOLESTROL BANTU TURUNKAN PARAS KOLESTROL DALAM DARAH




SUPPLEMEN SHAKLEE BANTU TURUNKAN PARAS KOLESTEROL


TESTIMONI AMALKAN SET KOLESTROL BANTU TURUNKAN PARAS KOLESTROL DALAM DARAH


JOM BACA PERKONGSIAN DALAM ATASI MASALAH KOLESTROL


Cinta pertama saya dengan Shaklee bermula dengan set Kolesterol. Saya dikesan mempunyai paras kolesterol yang tinggi sejak sebelum berkahwin. Doktor menasihatkan saya untuk jaga pemakanan.
.

Apabila telah melahirkan anak, paras kolesterol jahat saya makin tinggi dan saya mula rasa selalu letih, sakit kepala,migrain teruk dulu, sampai tahap kena duduk dalam bilik gelap tanpa cahaya dan bunyi, juga jantung selalu berdebar-debar. Membaca maklumat bahawa bahayanya kolesterol tinggi ni sehingga boleh membawa kepada masalah jantung, strok buatkan saya tak senang duduk.
.

Saya mula risau. Saya pergi buat pemeriksaan Dan doktor menyuruh saya makan ubat kolesterol dan meminta saya makan selama setahun untuk dipantau. Saya enggan bergantung pada ubat sintetik.
.

Saya mencari alternatif dan bila pergi farmasi saya dicadangkan dengan suplemen semulajadi Shaklee. Ye. Saya memilih set kolesterol Shaklee. Lecithin+Alfalfa paling saya konsisten sehingga beberapa bulan saja dah menampakkan penurunan.
.

Kemudian saya tambah dengan Omega dan Phytocol. Alhamdulillah kolesterol turun, kesihatan bertambah baik. Saya merasa lebih sihat dan bertenaga.

Syukur alhamdulillah.



KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY- HARTINI BADRI 


UNTUK KETERANGAN DAN INFO LANJUT


BOLEH WHATSP / TELEGRAM ASFA-012.933.4070 

Saturday, 28 April 2018

TESTIMONI BERJAYA HAMIL SETELAH KONSISTEN SET KESUBURAN SHAKLEE




TIADA LAGI SINDIRAN SETELAH BERJAYA HAMIL



TESTIMONI BERJAYA HAMIL SETELAH KONSISTEN SET KESUBURAN SHAKLEE


JOM BACA PERKONGSIAN INI DALAM USAHA UNTUK HAMIL


Assalamualaikum..

Hai..Saya Latifah Binti Omar, mesra disapa dengan panggilan Ifa. Berumur 32 tahun. Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk berkongsi testimoni saya kepada semua. Perkongsian testimoni sebenar saya ini bukan untuk menyentuh perasaan sesiapa tetapi untuk memberi semangat dan inspirasi buat pasangan yang masih menantikan kehadiran cahaya mata tidak kira yang baru atau yang dah lama berkahwin.
.

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, ingin saya nyatakan, kisah saya dengan Shaklee ni bermula dengan ESP dan Vitamin E. Kenapa?? Sebab saya tak nak wajah yang kusam ketika hari perkahwinan saya.. hehe.. Ternyata ianya berkesan. Alhamdulillah.
.

Saya dan suami diijabkabulkan pada 01 Ogos 2014. Diakui, memang saya mempunyai masalah period tidak teratur. Lebih-lebih lagi senggugut yang teruk setiap kali datangnya period. Masa sekolah dulu, kawan-kawan selalu cakap orang yang senggugut teruk ni susah nak mengandung. Hmmm… Saya macam telah di mindsetkan pula dengan kata-kata itu.
.

Tetapi selepas berkahwin saya cuba positifkan diri. Saya selalu bercakap dengan diri sendiri “aku boleh mengandung dan lahirkan zuriat untuk suami aku”. Memang rasa kelakar tapi itulah yang saya selalu buat. Usia pun dah 30an, saya memang berharap sangat untuk hasilkan ‘produk’ bersama suami secepat mungkin. Tempoh pernikahan kami dah sampai 4 bulan, tapi masih belum ada tanda2 saya hamil.
.

Lumrah apabila jadi seorang perempuan..bila umur kita dah jangkau 20an..orang keliling mula tanya “bila nak kawin??. Bila dah kawin, kena tanya lagi“ dah mengandung ke belum??”. Adoiiii…sedih nak bagi jawapan... Perasaan sedih dan rasa tak mampu untuk bagi kebahagiaan pada suami mula terdetik dalam diri. 
.

Keadaan yang sama turut rasa tempias di pihak suami. Ini buatkan diri saya jadi tertekan. Tak cukup dengan itu, ada pula mulut-mulut puaka yang menyindir “Ehh, dia sendiri agen Shaklee pun tak mengandung lagi, macamana boleh jual produk kesuburan dengan orang lain..” Arghh!!.. Perit rasanya hati, sering dalam tangisan saya ngadu pada suami. Tapi sentiasa disuruh bersabar dan terus memberi semangat dan dorongan pada saya.
.

Setelah berbincang dengan suami, dan mendapatkan tips dari kawan suami yang merupakan seorang doktor selain pandangan daripada senior SID, saya dan suami sepakat untuk berikhtiar dengan Set Lengkap Kesuburan Shaklee dengan harapan dapat “repair & set” semula masalah kesuburan dari dalaman.
.

Saya amalkan GLA Complex, B-Complex, Alfalfa dan ESP yang berfungsi untuk mengatur semula kitaran haid, melegakan simptom senggugut dan menguatkan rahim untuk menerima janin. Manakala suami saya pula amalkan Vitamin E dan Zinc Complex untuk kesihatan prostat yang lebih sihat dan penghasilan sperma yang banyak dan berkualiti.
.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, usaha, ikhtiar dan tawakal tanpa jemu.. akhirnya saya disahkan hamil. Penantian 1 tahun 5 bulan itu cukup lama tapi sangat-sangat bermakna buat kami. Terima kasih Allah atas anugerahMu ini. Saya tidak kisah berbotol-botol pun set kesuburan itu saya perlu konsisten demi anugerah terindah ini.
.

Sekarang, kandungan saya dah berusia 6 bulan dan saya masih meneruskan dengan set kehamilan Shaklee. Yang bestnya tentang Shaklee ni, ada produk yang kita boleh start ambil dari sebelum hamil, continue ketika sedang hamil dan terus diambil masa berpantang. Sangat-sangat jimat dan berbaloi. 
.

Kepada pasangan-pasangan di luar sana, jangan berhenti berharap. Yang penting teruskan berusaha,jom berikhtiar dengan set Shaklee dan tawakal tanpa jemu. Sesungguhnya Allah itu Maha Memberi. Tiada yang mustahil dengan izinNya. In Sha Allah, saya doakan untuk semua. Sekian.



KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY- LATIFAH BINTI OMAR


UNTUK KETERANGAN DAN INFO LANJUT

BOLEH WHATSP / TELEGRAM ASFA-012.933.4070 




Friday, 27 April 2018

TESTIMONI BERAT TURUN SELEPAS AMALKAN SET BERPANTANG SHAKLEE




SET BERPANTANG SHAKLEE BANTU TURUNKAN BERAT BADAN


TESTIMONI BERAT TURUN SELEPAS AMALKAN SET BERPANTANG SHAKLEE


JOM BACA PERKONGSIAN INI


Assalamualaikum,

Saya Siti Roziana Bte Alias, peserta supermom Covergirl berusia 33 tahun dan ibu kepada tiga orang puteri.
.

Kakak sado, kakak gebu..itulah nama usikan rakan-rakan saya dahulu. Ya lah..saya ni memang jenis suka makan, happy go lucky, jadi bila di usik pun buat tak kisah je. Tak dinafikan saya memang suka makan.
.

Jika zaman dahulu badan tak nampak naik sangat walau kuat makan tetapi sejak dah beranak dua bagai dipam-pam. Lebih-lebih lagi ketika itu saya sedang menyusukan anak kedua saya. Saya fikir saya kena makan banyak baru susu keluar banyak.
.

Baju didalam almari semua nya rasa ketat dan sendat.Dulu-dulu saya ni saiz M, apabila badan dah berisi terus lompat ke saiz XXXL mencecah 76kg. Ramai yang menyangka umur saya 30 lebih kerana badan yang besar dan berisi serta muka yang nampak agak berusia. 
.

Saya memang teringin menurunkan berat badan, namun selalunya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Cuma kali ini saya sudah berazam hendak berpantang anak no.3 dengan betul dan dapatkan kembali berat saya ketika bujang. Memang ambitious sangat bunyi nya kan.
.

Sebelum bersalin, saya membuat sedikit carian berkenaan set pantang. Saya tidak memilih jamu kali ini kerana saya telah pun ambil jamu ketika anak pertama dan kedua. Apa yang saya lihat badan saya tidak serasi dengan jamu kerana saya jadi pening sepanjang hari..hingga rasa nak pitam, akhirnya set-set jamu itu jadi gajah putih sahaja.
.

Saya kemudian memilih untuk mengambil Set Berpantang Shaklee yang mengandungi ESP, SR Vitamin C, Bcomplex, Vitalea, Zinc, Ostematrik dan Alfalfa. Seperti ibu-ibu lain saya juga risau kalau saya tak mampu produce susu untuk Anis Safiya (anak ketiga). 
.

Tetapi jangkaan saya meleset kerana selepas minum ESP dan Alfalfa, susu saya mencurah-curah hingga bengkak susu. Alhamdulillah rezeki Anis, stok susu dapat saya buat seawal pantang.
.

Bukan itu sahaja, badan saya turut rasa lebih bertenaga, cergas dan wajah tampak lebih berseri. Luka perineum turut sembuh dengan cepat hasil ambilan Zinc dan Vitamin C setiap hari. Ia turut diperakui Jururawat yang datang melawat di rumah.
.

Beliau sungguh gembira melihat perkembangan saya ketika berpantang dan bertanya apa yang saya makan dan amalan ketika berpantang. Sempat saya berkongsi cerita yang saya amalkan Shaklee. Benda baik kenalah share kan..tak boleh simpan sorang2.
.

Yang paling mengujakan saya, berat badan pun ‘terturun’ sekali jadi 62kg. Hebat betul penangan Set Berpantang Shaklee ni. Anis sekarang dah pun setahun lapan bulan, tapi berat saya inshaAllah masih maintain sekitar angka enam.
.

Betul lah kata orang tak kenal maka tak cinta. Sesi berpantang bukan lagi mimpi ngeri tapi menjadi momen terindah dalam hidup saya. Semestinya, set berpantang Shaklee pasti menjadi pilihan saya untuk kelahiran seterusnya.



KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-
SITI ROZIANA


UNTUK KETERANGAN DAN INFO LANJUT

BOLEH WHATSP / TELEGRAM ASFA-012.933.4070 

Wednesday, 25 April 2018

TESTIMONI KUATKAN ANTIBODI ANAK SEMASA ANAK DI ASRAMA




VITAMIN SHAKLEE TINGKATKAN KESIHATAN & PRESTASI AKADEMIK ANAK-ANAK


TESTIMONI KUATKAN ANTIBODI ANAK SEMASA ANAK DI ASRAMA


JOM BACA PERKONGSIAN INI


Anak-anak adalah permata hati ayah dan ibu. Bila anak berjauhan hati tak tenang rasanya. Anak saya 2 orang tinggal di asrama. Seorang tingkatan 1 dan seorang lagi tingkatan 3 dan bakal menduduki peperiksaan PT3 tak lama lagi.
.

Saya selalu risau akan kesihatan dan makan minum mereka ketika di asrama. Saya risau jika mereka terpengaruh dengan kawan-kawan untuk makan mi segera dan makanan yang kurang berkhasiat. Maklum sahaja kat asrama makan nasi sekali sehari sahaja. Malam-malam lapar, mula mencari makanan segera.Serius itu la kerisauan saya setiap kali nak hantar mereka balik asrama selepas cuti.
.

Makanan di asrama juga saya tak tahu akan tahap kebersihannya. Berdoa sahaja agar ia tidak memudaratkan anak-anak yang makan. Takut juga bila dengar banyak cerita keracunan makanan di asrama.Saya ambil inisiatif untuk memberi anak-anak saya extra perlindungan dengan memberi mereka suplemen yang di jamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI iaitu vitamin jenama SHAKLEE.
.

Saya mula memberikan suplemen kepada anak saya yang sulung sejak hari pertama dia di asrama, saya bekalkan MEALSHAKE, OMEGA GUARD dan VITA-C CHEW. Kesukaan anak saya yang sulung ni adalah Omega Guard, habis ajer mesti dia telefon cakap dah habis, bila nak hantar yang baru. Sabar je la, Omega Guard tu mahal kakak…hihiii. Tapi demimu anak ibu sanggup berhabis untuk kesihatan dan keperluanmu.
.

Anak sulung saya, Asyha sangat sukakan suplemen Shaklee ni, daripada tak pandai nak menelan yang jenis kapsul tu, pernah tersembur masa mula-mula belajar telan Omega Guard, sekarang dah pandai demand nak try yang lain pulak…hahaa. 
.

Alhamdulillah, sejak mengamalkan vitamin Shaklee ni, Aysha memang jarang demam ketika di asrama. Selama hampir 3 tahun di asrama, baru sekali dia kena demam dan sekali kena chicken pox sebab berjangkit dengan adik dia ketika balik cuti. Syukur juga ketika dia demam, demam dia tak lama. Saya siap pesan supaya amik Vita C Chew lebih sikit untuk cepat baik.
.

Sakit demam atau batuk dan selsema di asrama memang cepat berjangkit. Jadi saya berusaha untuk melindungi dan meningkatkan imun anak saya denga suplemen Shaklee.
.

Omega Guard dan Mealshakes dia kata best sebab dia rasa lebih cergas dan bertenaga. Bangun pagi seawal jam 4.30 pagi dan tidur selewat jam 11 malam pun dia boleh fokus untuk belajar. 
.

Alhamdulillah keputusan peperiksaan pun agak baik, dalam ranking 10 teratas dalam tingkatan setiap kali peperiksaan setakat ni.
.

Itulah ShakleeEffect yang anak-anak saya perolehi. Sampai sekarang masih maintain dan konsisten amalkan vitamin Omega Guard, Mealshakes dan Vita C Chew.
.

Saya sangat sarankan pada semua ibu bapa untuk memberi juga anak-anak mereka vitamin yang dijamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI ni iaitu vitamin SHAKLEE.

Terima kasih Shaklee!
KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-ZAINAH MUKHTAR

UNTUK KETERANGAN DAN INFO LANJUT
BOLEH WHATSP / TELEGRAM ASFA-012.933.4070 

Monday, 23 April 2018

TESTIMONI HFMD SEMBUH SELEPAS AMALKAN VITAMIN SHAKLEE




HFMD SEMBUH SELEPAS AMALKAN PRODUK SHAKLEE


TESTIMONI HFMD SEMBUH SELEPAS AMALKAN VITAMIN SHAKLEE


JOM BACA PERKONGSIAN INI


Assalamualaikum,

Saya nak share pengalaman handle anak alami HFMD baru-baru ni. Mulanya dari kakaknya di tadika, tetapi si kakaknya tak lah seteruk adik yang duduk di rumah ni. Tak terfikir pula HFMD akan berjangkit pada adiknya, jadi saya just tumpu pada kakaknya.
.

Satu pagi tu, sambil-sambil sapu lotion Herbal Blend pada tapak tangan kakaknya, terpandang la kaki adiknya yang dah mula ada tompok-tompok merah, tangan pun dah mula naik sikit-sikit. Lepas balik kerja, keadaan adik bertambah teruk bila tapak tangan, kaki dan mulutnya dah mula ada gelembung – gelembung air.
.

Pada mulanya kami syak hanya demam campak, tapi bila tengok badannya tak ada sangat gelembung air tu. Untuk kepastian kami pun terus bawa ke klinik, dan doktor sahkan memang HFMD. Kami hanya dapatkan ubat titis dalam mulut sahaja kerana nak cuba dengan Shaklee dahulu.
.

Malam tu juga, saya bekalkan Aleesha Nutriferon 1 sachet dan sapukan lotion Herbal blend sebelum tidur. Alhamdulillah malam tu dia tidur tanpa gangguan.
.

Untuk keesokan harinya, saya sapukan dia dengan lotion Herbal Blend selepas mandi dan bekalkan Vitalea for Kids selepas breakfast. Kebetulan kakaknya ada hari sukan pada hari tu, jadi saya terpaksa bawanya sekali, dan keadaan bertambah teruk bila dia dah berpeluh-peluh dan tangan tak berhenti menggaru. Kalau dibiarkan maunya berdarah-darah nanti, jadi saya cuba bagi dia Omega Guard, kekerapan menggaru tu dah berkurang nampaknya.
.

Alhamdulillah, lepas 3 hari konsisten amalkan Nutriferon, Vitalea for Kids, Omega Guard & lotion Herbal Blend, gelembung-gelombung air di tangan & kaki dah mula hilang sikit-sikit dan parut pun tiada. Kalau diikutkan pergiraan doktor, HFMD ni biasanya akan hilang dalam masa 5-6 hari tapi bila dah recover cepat dari biasa ni syukur sangat-sangat.
.

Terima kasih Allah menemukan saya dengan Shaklee. Doakan puteri saya ini sihat sentiasa.
.

Semoga anak-anak kita semua membesar dengan sihat.
Membesar menjadi anak yg soleh & solehah. 



KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-SHARIFAH NURULKAMARIAH SAYED ABDULLAH


UNTUK KETERANGAN DAN INFO LANJUT


BOLEH WHATSP / TELEGRAM ASFA-012.933.4070 

Sunday, 22 April 2018

TESTIMONI GUNA SABUN DAN PELEMBUT SHAKLEE PAKAIAN MUDAH DIGOSOK



PAKAIAN TAK BERHABUK DAN MUDAH DIGOSOK


TESTIMONI GUNA SABUN DAN PELEMBUT SHAKLEE PAKAIAN MUDAH DIGOSOK


JOM BACA PERKONGSIAN INI


Assalamualaikum..

Saya ingin berkongsi pengalaman saya yang baru sahaja menggunakan 

 Get Clean Fresh Laundry 

 Soft Fabric Concentrate
.

Kedua-dua bahan ini adalah untuk mencuci dan mewangikan pakaian. Sebelum ini saya menggunakan pencuci dan pelembut fabrik yang lain.
.

Tetapi banyak kesan sampingan yang saya dapati seperti : 

 Terpaksa menggunakan softener dalam kuantiti yang banyak 

 Pencuci baju yang melekat di pakaian dan tepaksa dibasuh lagi

 Berbau hapak sekiranya cuaca hujan

 Terlalu kuat bahan kimia sehingga mengulupas kulit tangan

 Kadang kala kulit merengsa dan gatal-gatal kerana isteri ada alahan kulit.

 Kalau terhidu hidung boleh merengsa sehingga ke tekak dan paru-paru

 Sehingga menyebabkan batuk-batuk dan kering tekak.
.

Setelah diperkenalkan Get Clean Fresh Laundry dan Soft Fabric Concentrate saya lebih yakin untuk membasuh pakaian kerana saya sudah maklum bahan-bahan yang terkandung adalah semula jadi dan tidak merbahaya, sebelum ini isteri juga mengamalkan Shaklee tetapi dalam bentuk vitamin. Kali ini kami mencuba untuk pencuci pula.
.

Alhamdulillah kesannya amat memuaskan. 

Antaranya kami dapati :

 Pakaian baunye kekal harum walaupun adakala cuaca hujan

 Baunya tidak merengsa hidung dan tekak

 Halus sabunnya langsung tidak memanaskan tangan dan tidak merosakkan kulit

 Pakaian Mudah digosok dan lebih lembut

 Habuk2 sabun tidak lagi melekat pada pakaian

 Hanya 1 auns sudah mencukupi bagi pencucian kami yang bermuatan sederhana

 Pakaian berwarna lebih berseri dan putih bersih tanpa merosakkan tekstur pakaian kami terutamanya pakaian baby

 Ia juga amat berkesan menanggalkan minyak pada pakaian

 Bau pakaian kekal segar dan amat wangi walaupun lambat dijemur

 Menjimatkan waktu menggosok baju so bil elektrik jimat
.

Baru saya tahu banyak kebaikan clean laundry dan softener Shaklee ni, kalau lah dari dulu saya cuba takde lah isteri saya terpaksa berdepan dengan alahan kulit dan batuk2 sehingga memeritkan tekak. 
.

Lagi-lagi kami memiliki baby di rumah yang perlu di bagi perhatian yang berat tentang pemakaiannya. Jika tersilap langkah boleh mengundang kemudaratan kepada bayi kami. Moga usaha saya sebagai suami untuk memastikan keselamatan family dari bahan bahan kimia ini berterusan dan sering memandang serius setiap penggunaan isi rumah.
.

Syukur masih ada produk yang menitik beratkan sumber semulajadi tanpa mementingkan untung semata-mata.
.

Terima kasih Shaklee kerana mengizinkan saya dan family untuk bernafas dengan lebih sihat dan segar dengan izin Allah S.W.T. Inshaallah.
.

Moga perkongsian ini bagi manfaat kepada suami di luar sana In Shaa Allah.


KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-AFSYAM PUTERA SHAMSUDIN


UNTUK KETERANGAN DAN INFO LANJUT

BOLEH WHATSP / TELEGRAM ASFA-012.933.4070 




TESTIMONI KRIM HERBAL BLEND UNTUK RUAM BERAIR



HERBAL BLEND HAPUSKAN RUAM-RUAM GATAL





TESTIMONI KRIM HERBAL BLEND UNTUK RUAM BERAIR





JOM BACA PERKONGSIAN INI



Assalamualaikum. Nama saya Haziq. Saya berkerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat swasta di Shah Alam dan kini menetap di Subang bersama isteri saya.
.

Saya ingin bercerita mengenai kisah saya menggunakan produk Shaklee iaitu Herbal Blend. Pada bulan lepas, ketika bercuti di kampung, saya dan abang pergi memancing ‘jenggo’ atau udang galah dengan menaiki bot.
.

Bila dah naik bot ni faham-faham lah, kena lah turun naik sauh kalau tak bot kita akan hanyut dibawa arus sungai. Saya ditugaskan menjaga sauh manakala abang pula sebagai ‘driver’ bot. Ini menyebabkan tangan dan keseluruhan badan saya basah lenjun setiap kali kami nak bertukar lubuk.
.

Pada mulanya saya tak jangka akan berlaku apa-apa pada tangan saya. Tapi setelah seharian memancing, tangan saya mula dijangkiti bintik-bintik ruam yang berair dan gatal.
.

Apabila pulang ke rumah, selepas mandi dan mencuci tangan, ruam-ruam di tangan tidak juga hilang malahan semakin gatal dan pedih. Isteri saya menyarankan saya menggunakan Herbal Blend untuk menghapuskan ruam-ruam tersebut. Saya tanpa ragu-ragu terus menyapu Herbal Blend pada tangan saya kerana saya sendiri pernah mengedit dan membaca ribuan testimoni power produk-produk Shaklee melalui Buku Himpunan Testimoni Supermom Shaklee Story yang pertama.
.

Setelah 2 hari menggunakan Herbal Blend, ruam-ruam di tangan saya terus mengecut dan mengering. Alhamdulillah, terima kasih Shaklee !!!



KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-HAZIQ IZZUDDIN BIN ABDUL HALIM


UNTUK KETERANGAN DAN INFO LANJUT


BOLEH WHATSP / TELEGRAM ASFA-012.933.4070 
.

Saturday, 21 April 2018

TESTIMONI BERAT TURUN 4 KILO DALAM MASA 10 HARI SELEPAS AMALKAN SET DETOKS PARASIT


.

BERAT SAYA TURUN 4KG DALAM TEMPOH 10 HARI !!!



JOM BACA PERKONGSIAN INI


Saya nak kongsi perjalanan penurunan berat badan saya.

Pada tahun 2014, iaitu sebelum saya disahkan hamil anak kedua, saya mengalami berat badan berlebihan. Berat badan saya mencecah 67kg sedangkan ketinggian saya hanya 152cm.
.

Kemudian saya disahkan hamil anak kedua pada November 2014. Saya mengalami alahan yang teruk sehingga berat saya turun sebanyak 5kg. Di sinilah bermulanya berat badan saya menurun. Selepas fasa alahan berlalu berat naik semula. Saya ingat lagi berat sebelum bersalin ialah sebanyak 70kg. Alhamdulillah berat tak banyak naik. Masa ni memang saya amalkan Full Set Hamil Shaklee.
.

Selepas bersalin (Mei 2015), berat saya turun kepada 64kg. Kembali ke berat asal semasa saya mengalami alahan. Saya berpantang seperti biasa sama macam anak pertama. Cuma pada kali ini saya amalkan Full Set Berpantang Shaklee. Berat badan saya pun maintain 64kg.
.

Selepas berpantang saya masih terus berusaha turunkan berat badan saya dengan mengamalkan Set Kurus Shaklee iaitu Cinch Shake, Cinch Tea, Omega Guard dan Vitalea. Saya juga mengikut jadual diet yang pakar nutrisi Shaklee sarankan. Saya cuma harap sekurang-kurangnya berat saya maintain dan kalau boleh saya nak capai ke angka 59kg . Lama juga saya tak timbang berat saya. Pada Disember 2015 saya berkesempatan menimbang berat saya menggunakan karada. Alhamdulillah, berat saya turun 2kg lagi iaitu 62kg.
.

Kemudian, pada March 2016 saya telah mengamalkan Detoks Parasit selama 14 hari. Sepanjang detoks saya mengamalkan "eat clean", diet ikut cara Shaklee diteruskan seperti biasa bersama Set Detoks Parasit Shaklee. Set Detoks yang saya amalkan ialah Vivix, Alfalfa Complex, Garlic Complex dan Dtx Complex.
.

Selepas 10 hari, saya timbang berat saya menggunakan mesin Karada. Senyum sampai ke telinga bila tengok angka di mesin Karada tersebut. Alhamdulillah berat saya 57kg!!!
.

Wah!!! Saya turun 4kg dalam tempoh 10 hari !!!! Macam tak percaya je tau. Dan paling menggembirakan, saya dah capai lebih dari target sebenar !!! Bukan sahaja turun berat badan dengan cepat, malah jerawat dimuka saya pun dah malu-malu nak tumbuh sekarang. Kulit muka saya makin bersih ðŸ˜Š
.

Terima kasih pada kawan-kawan detoks yang memperkenalkan Detoks parasit nie dan banyak kongsi tips, resipi dan macam-macam info tentang detoks parasit ni.
.

Kini Set Detoks Parasit menjadi suplemen harian saya. Hari-Hari Detoks insyaAllah badan maintain kurus, kulit maintain cantik dan badan maintain sihat



KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-SITI SARAH MOHAMAD NOOR


UNTUK KETERANGAN DAN INFO LANJUT


BOLEH WHATSP / TELEGRAM ASFA-012.933.4070 

Friday, 20 April 2018

TESTIMONI PARUT JERAWAT HILANG SELEPAS AMALKAN SET KULIT SHAKLEE



LIANG-LIANG PORI MENGECIL DAN PARUT JERAWAT HILANG


TESTIMONI PARUT JERAWAT HILANG SELEPAS AMALKAN SET KULIT SHAKLEE



JOM BACA PERKONGSIAN INI


Assalamualaikum..

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang mengamalkan Vitamin hebat Shaklee ini.
.

Sebelum ini saya mengambil set vitamin Shaklee untuk menghilangkan jerawat, tetapi secara tidak langsung saya sedar parut-parut jerawat saya cepat pudar dan hilang.
.

Ini adalah antara set vitamin yang saya ambil bagi memastikan kulit saya seimbang.

 ESP Shaklee
 Vitamin C
 Vitamin E

Kombinasi antara Vitamin E + Vitamin C + Esp sangat-sangat superb hasilnya. Saya juga menggunakan Vitamin C sebagai masker pada waktu pagi dan Vitamin E sebagai masker diwaktu malam.
.

Hasilnya setelah mengamalkan vitamin tersebut adalah : 

 Liang2 pori di wajah saya yang besar dahulu akibat kesan jerawat kini semakin kecil dan tertutup.

 Blackhead & Whitehead berkurang

 Ketika saya mengenakan bedak di wajah juga kelihatan lebih rata dan flawless.

 Tak perlu belanja yang besar untuk mencari produk-produk yang mahal.

 Kini saya kurang ke mana2 spa untuk membuat facial,kerana kulit saya kini tidak seperti dahulu yang banyak dengan masalah.

 Kulit saya bertambah sihat dan anjal.

 Saya tidak lagi terpengaruh dengan lambakan produk yang merbahaya di luar sana

 Kulit kekal lembap dan lembut serta tidak berminyak 

 Kurang mengenakan mekup yang tebal dan merimaskan

 Kulit sihat secara semulajadi 

 Tampil lebih yakin
.

Hanya dengan vitamin Set Kecantikan Shaklee saya dapat mengembalikan kulit remaja saya yang dahulu di mana pernah dirosakkan oleh bahan-bahan kimia yang melekat di wajah saya kerana berpikiran singkat untuk tampak cepat cantik sebelum ini.
.

Apabila saya mula mengenali vitamin Shaklee baru saya sedar sebenarnya kecantikan luaran itu perlulah terlebih dahulu kita mengutamakan penjagaan dalaman . Yakni dengan mengkonsume vitamin yang cukup mineral, antioksidan, membantu penghasilan kolagen dan reproduktif. Mencegah itu lebih baik daripada merawat
.

Sekian sahaja perkongsian dari saya,segalanya adalah asbab untuk kita berikhtiar selebihnya Allah jualah yang mengizinkan. In Sha Allah.
.

P/s ringkas : Pilihlah bahan-bahan semulajadi yang selamat digunakan.


KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-
NURUL ZUNORAIN JAAFAR


UNTUK KETERANGAN DAN INFO LANJUT
BOLEH WHATSP / TELEGRAM ASFA-012.933.4070 

Thursday, 19 April 2018

TESTIMONI CARA HILANGKAN SENGAU


TIADA LAGI USTAZAH SENGAU DI SEKOLAH


TESTIMONI CARA HILANGKAN SENGAU



JOM BACA PERKONGSIAN INI DALAM CARA MENGURANGKAN SENGAU


Nama Saya A’bidatul Mu’tadillah berumur 33tahun. Berkerja sebagai Guru KAFA. Saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan vitamin Shaklee.

.
Pada tahun 2013, Saya mengalami alahan yang serius. Setiap hari, dari pagi hingga ke malam bersin dan selsema. Oleh kerana Saya terdedah dengan persekitaran yang sejuk, berdebu, bulu kucing, debu kapur dan pemakanan bila berada di rumah dan di sekolah. Saya sangat sensitif dengan semua faktor ini. Sehinggakan suara naik sengau semasa mengajar di kelas. 

.
Saya ambil keputusan berjumpa Doktor Pakar hidung dan tekak bagi menyelesaikan masalah yang Saya hadapi ini. Kamera dimasukkan dalam hidung untuk menentukan penyakit apa. Alhamdulillah, ianya hanya alahan. Sejak dari itu, Saya jadi bergantung dengan ubat. Bila tak makan ubat, maka hidung akan berairlah semula.

.
Sehinggalah ahli farmasi mengesyorkan Saya makan Vitamin C untuk membantu masalah Saya ini. Sahabat Saya seorang SID. Dia memperkenalkan Saya Vitamin C Shaklee. Masa tu tak fikir panjang dan yang penting Vitamin C jimat pula tu. Maklumlah sebotol tahan 6 bulan katanya. 

.
Sejak Saya makan Vitamin C ni, Alhamdulillah tiada lagi sapu tangan dibahu, tidur berdengkur sebab tidur dalam keadaan menganga. Yang penting, TIADA LAGI USTAZAH SENGAU DI SEKOLAH. Alhamdulillah. 

.
Saya sudah mula jatuh cinta dengan vitamin Shaklee. Saya juga makan vitamin E untuk awet muda. Lecithin untuk bakar lemak berlebihan. Herbalax untuk detox usus, Alfalfa untuk detox dan dalaman wanita. Ostematrix Saya ambil untuk masalah tumit kaki dan hilangkan kebas-kebas tangan. Tahun ni (2016), Saya mula minum tonik ajaib yang merupakan produk terbaik Shaklee iaitu Vivix.

.
Terima kasih Shaklee, dengan izin Allah Alhamdulillah kesihatan Saya bertambah baik dan lebih bertenaga. Saya juga seorang pengedar Shaklee sekarang. Dengan niat berkongsi pengalaman dan membantu mereka yang mengalami situasi seperti Saya.

.
Bagi yang mengalami masalah kesihatan, cubalah suplemen Shaklee, anda akan merasai perbezaannya. Percayalah, tak cuba, tak tahu.


KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-
A'BIDATUL MU'TADILLAH MOTOLANI


UNTUK KETERANGAN DAN INFO LANJUT

BOLEH WHATSP / TELEGRAM ASFA-012.933.4070 




Wednesday, 18 April 2018

TESTIMONI AMALKAN SET DETOKS BERAT BADAN TURUN 5.9 KILO DALAM MASA 7 HARI

 


BERAT BADAN TURUN SEBANYAK 5.9KG SELEPAS AMALKAN SET DETOKS SHAKLEE



TESTIMONI AMALKAN SET DETOKS BERAT BADAN TURUN 5.9 KILO DALAM MASA 7 HARI




JOM BACA PERKONGSIAN INI DALAM KONSISTEN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN


Saya Hairus.

Saya ada masalah backpain yang agak teruk.

.

Pada tahun 2011, saya mengalami sakit yang paling dasyat hingga saya tak boleh berdiri dan telah menjalani surgery untuk masalah backpain saya ni. Doktor nasihatkan saya untuk buat fisio dan juga turunkan berat badan.

.

Akhir-akhir ini saya telah mengalami masalah backpain lagi disebabkan berat badan yang semakin meningkat. Sakit sehingga saya rasa seperti mahu terduduk. Melihatkan ini, isteri saya cadangkan saya untuk turunkan berat badan. Berat saya untuk beberapa tahun kebelakangan ini tidak pernah kurang dari 85kg.

.

Isteri saya sarankan saya untuk buat Detox Shaklee dulu untuk singkirkan toksin supaya proses penurunan berat badan lebih lancar. Setelah melihat Mealplan, saya bersetuju untuk buat Detox Shaklee untuk 7 hari ini. Isteri menyediakan menu mengikut plan dan saya ambil Set Vitamin Detox Shaklee seperti yang disarankan oleh pakar nutrisi Shaklee.

.

Alhamdulillah ada penurunan berat badan sebanyak 5.9kg. Saya gembira kerana sudah lama berat badan saya tak turun. InsyaAllah saya akan maintain ikut Mealplan hari ke 7 untuk turunkan lebih banyak berat badan.

.

Saya harap dengan penurunan berat badan ini dapat mengurangkan masalah backpain saya ni.

Jom Detox bersama saya


KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-HAIRUS IZMAN


UNTUK KETERANGAN DAN INFO LANJUT

BOLEH WHATSP / TELEGRAM ASFA-012.933.4070 


WHATSP " SET DETOKS " UNTUK PEMBELIAN

Tuesday, 17 April 2018

TESTIMONI SET HAMIL BANTU HB LOW

SET HAMIL BANTU HB LOW SEMASA HAMIL



 
TESTIMONI SET HAMIL BANTU HB LOW

.

Bismillah...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t dengan nikmat yang diberikan kepada hambanya. Yani nak berkongsi pengalaman yani sendiri menggunakan set kesuburan untuk hamil. Supplement ni asbab sahaja tetapi yang memberi sudah pasti pencipta kita kan!

.

Yani berkahwin pada tahun Mei 2008 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada bulan April 2009. Pada yani, yani fikir yani seorang yang senang hamil (tapi tak boleh lawan dengan kuasaNYa)Jadi yani plan untuk hamil lagi bila Adi umur 2tahun lebih jadi bezanya dalam 3tahun la kan.Kuasa manusia mana boleh mengatasi kuasa Pencipta kan.Kita yang merancang tapi Allah dah tetapkan segalanya untuk kita. Yani berusaha dalam tempoh hamper 2tahun untuk hamil namun belum berhasil.

.

Masa dah suntuk sebab yani tak nak anak yani beza jauh sangat. Yani tidak mempunyai masalah kitaran haid.Alhamdulillah semua ok tapi rezeki belum berpihak kepada yani dan suami. Bulan Dec 2012 yani beli Set Kesuburan untuk yani dan suami.Yani tak beli yang budget tapi beli full set sebab yani nak pastikan untuk mnegatasi masalah yang yani hadapi sekarang ni rasa lebih berpuas hati dengan terus ambil full set.Kalau set tu ada 5jenis, 5 jenis la yani beli.

.

Apa yang yani beli untuk yani, B Complex, Vit C, VitaLea, Alfalfa dan GLA.Untuk suami yani beli zinc, Vit E. Yani berkongsi makan B complex, vitalea, alfalfa dan vit c dengan suami sebab setiap botol vitamin ini ada banyak biji. Yani dah tak kisah keluarkan belanja besar. Doa, solat hajat selalu yani buat sebab nak sangat anak.Teringin nak anak kecil sebab Adi dah pun 4tahun(2013).

.

Yani start makan GLA bulan Jan 2013 sebab kena makan masa hari pertama period sehingga hari ke 14.Vitamin lain dah makan masa beli bulan Dec 2012 lagi.Yani paksa suami makan semua vitamin sebab kita tak tahu apa masalahnya.

.

Bulan Jan 2013 yani masih datang bulan.Erm....sedikit kecewa tapi yani sabar dan terus berusaha. Alhamdulillah, Feb 2013 datang bulan terakhir yani.Syukur sangat-sangat tapi masa mula-mula test urin kat rumah, suami taknak terlebih gembira sebab lama tunggu kan.

.

Tapi kegembiraan dapat hamil kali ini dicampur sedikit kedugaan sebab selepas yani buat buku merah diklinik ibu & anak, buat ujian darah, yani disahkan mengidapi diabetes semasa hamil dengan bacaan gula dalam darah 9.5. Memang tinggi la kan dan HB pula low. Walaupun dalam keluarga tiada keturunan penyakit diabetes tapi cara pemakanan sebelum hamil banyak menyumbang dan salah satunya minum nescafe sebab kafein boleh menghalang insulin masuk ke dalam darah. Yani memang suka sangat minum nescafe. Setiap pagi memang wajib minum nescafe. Tapi selepas tahu yani perlu elak minuman kafein, memang terus berhenti. Tak minum langsung dah minuman kafein.

.

Di klinik kerajaan apabila kita mempunyai masalah kesihatan semasa hamil, memang terpaksa la datang ke klinik setiap 2 minggu sekali. Kena uji darah sebab hb low tu, kena cek darah dalam gula setiap kali sebelum rawatan, terpaksa jumpa doktor pakar pemakanan la. Sangat menyeksakan tapi terpaksa demi kesihatan ibu & bayi yang dikandung.

.

Disebabkan hb yani low sampai paling rendah 8.9, ujian darah terpaksa dihantar ke HKL dan disahkan pula yani mengalami Talasemia Treat. Doktor bekalkan yani Iberet untuk naikkan hb darah yani tapi hasilnya kurang memberangsangkan. Jadi dengan inisiatif supplement Shaklee yang yani dah makan ni, yani telan 2biji Vitalea bersama-sama B complex dan Vitamin C. Alhamdulillah, hb yani semakin naik dan rawatan seminggu sebelum bersalin hb yani dah naik ke 10.9. Syukur sangat-sangat dan gula darah darah yani juga sangat terkawal.

.

Tetapi walaupun gula dalam darah sudah terkawal, doktor memang tak bagi yani bersalin lebih dari tarikh jangka. Terpaksa la ‘induce’ pada pagi 14 November 2013 seawal pukul 7pagi. Doktor sudah memberi penerangan awal sekiranya ubat induce pertama tidak memberi kesan, terpaksa induce untuk ubat kedua. Alhamdulillah, yani induce sekali sahaja tapi azab sakitnya induce memang tak terkata. Sakit induce bermula pukul 12tengahari semasa pelawat dibenarkan masuk dan suami yani banyak membantu mengurangkan kesakitan tersebut.

.

Selepas mendapat arahan yani akan ditolak ke labor room dalam pukul 3 lebih, yani minta tolong suami bancuhkan ESP dan yani telan bersama-sama B Complex dan Sustained release Vitamin C. Pukul 3.20 petang dipecahkan ketuban dan 3.40 petang yani selamat bersalin. Semua proses berjalan lancar. Kelahiran kedua ini walaupun mempunyai pelbagai masalah kesihatan, terpaksa induce tapi Alhamdulillah sangat-sangat kerana selepas je bersalin dan masih dalam labor room, badan yani rasa sangat bertenaga, macam tenaga telah recharge. 

.

Masalah pening juga tiada jika disbanding semasa proses bersalin anak pertama dahulu. Yani tak boleh bangun sebab kepala pening sehingga nak pakai baju sendiri pun tak boleh tapi kali ini memang sangat berbeza. Sebelum di hantar ke wad biasa, yani sempat makan nasi yang dihidangkan oleh nurse di Hospital Ampang lagi.

.

Pengalaman dua kali hamil memang sangat berbeza dan yani memang bersyukur ditemukan dengan vitamin Shaklee ini kerana banyak membantu dari segi kesihatan yani sekeluarga.


KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY_NUR ILLIANI MAT YUSOF

UNTUK KETERANGAN DAN INFO LANJUT
BOLEH WHATSP / TELEGRAM ASFA-012.933.4070 


WHATSP " SET HAMIL " UNTUK PEMBELIAN

Jenis Buasir Dan Cara Atasi Buasir Dengan Cepat

Cara Atasi Masalah Buasir Berdarah  Apa Itu Buasir Buasir atau hemorroid adalah salur darah vena yang membesar di bahagian re...