Tuesday, 31 July 2018

Pengedar Vivix Sungai Buloh Aktif COD

Pengedar Vivix Sungai Buloh Aktif COD


Kenali Pengedar Shaklee Vivix


Saya asfa norain.  Berasal dari sekinchan selangor. Kampung halaman saya berdekatan dengan pantai dan sawah padi. Saya suka minum vivix kerana vivix telah membantu masalah migrain asfa yang teruk sehingga terpaksa buat medical check up dan ct scan. Alhamdulillah tiada masalah yang serius. Lepas amalkan vivix darah haid keluar dengan lancar dan tiada senggugut teruk lagi. Asfa ni pernah accident motor sehingga tidak boleh berjalan untuk 2 minggu disebabkan luka teruk dibahagian lutut. Jadi pengambilan vivix membantu lutut asfa pulih dan boleh berjalan tanpa bantuan kerusi roda. Alhamdulillah.. Asfa pun cepat letih penat setiap kali ada order catering. Mana la tak penat bila semua kerja memasak diri sendiri yang sediakan.  Vivix ni memberi tenaga kepada penjana sel kita untuk lebih sihat lebih aktif. Yang penting minda kita pun mesti positif fokus dan yakin dengan apa yang kita buat


Anda masih tercari-cari Vivix hadir ke tempat anda? Anda mahu konsultasi vivix yang terbaik untuk anda? Kami pengedar shaklee vivix aktif cod di sungai buloh


Pengedar Vivix Sungai Buloh Aktif COD


Anda mahukan harga yang promosi dan menarik untuk anda dapatkan?  Anda sentiasa ingin berikhtiar untuk lebih sihat dan berubah menjadi lebih aktif bertenaga dan bebas beraktiviti?




Anda mahu lebih maklumat tentang vivix? 
Jomlah mesej whatsp asfa 012.933.4070 atau firdaus 018.371.5354. Kami merupakan pengedar shaklee vivix sungai buloh


Pengedar Vivix Sungai Buloh Aktif COD
Nama saya md firdaus.  Dapat merasai vivix apabila isteri saya asfa belikan vivix untuk saya yang selalu sakit gaut. Sakit gaut sebulan mesti 2,3 kali meraung dalam hati la juga bila sakit. Masa mula-mula rasa vivix ini saya rasa wow sedapnya. Saya tanyalah isteri saya kandungannya. Kenapalah tidak dari dulu saya kenali vivix. Alhamdulillah berkat kesabaran saya gaut saya berkurangan dan antibodi tubuh saya lebih kuat. Nak tahu cara pengambilan yang berkesan bolehlah whatsp ke call 018.371.5354. Kalau rumah korang ada masalah plumbing ke wayering ke nak buat table top ke nak pasang grill ke jangan lupa laju-laju taip nombor saya. Itu memang kerja saya. Hehehe



Inilah rupa vivix apabila dibancuh. Sedap dan senang di telan tau. Berasaskan 4 bahan utamanya iaitu anggur muscadine, elderberry, poliganum cuspidatum dan purple carrot. Yang penting tiada gula tambahan perisa tambahan pewarna tambahan dan yang paling penting Tinggi Antioksidan. Yang uniknya ada RESVERATROL dan POLIFENOL.




Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan supplement shaklee secara COD ke kawasan sungai buloh,damansara damai,subang,saujana utama dan kawasan sekitarnya, silalah menghubungi saya. Inshaallah saya akan memberikan khidmat yang terbaik
Pengedar Vivix Sungai Buloh Aktif COD
Saya akan memberikan konsultansi secara percuma tentang cara pengambilan produk berserta tips-tips berkaitan untuk anda secara eksklusif buat pelanggan saya. Jangan lupa hubungi saya ya 012.933.4070 atau 018.371.5354. Kami pengedar shaklee vivix sungai buloh




Monday, 16 July 2018

CARA KURANGKAN SAKIT AKIBAT KEGUGURAN



SUPLEMEN SHAKLEE BANTU KURANGKAN RASA SAKIT AKIBAT KEGUGURAN


SET KEGUGURAN SHAKLEE


Berkahwin di usia yang lewat berbanding rakan rakan sebaya, bukanlah satu halangan untuk saya memiliki cahaya mata.
.

Alhamdulillah memasuki perkahwinan yang kelima tahun 2018 ini, Allah telah menganugerahkan kepada saya 3 orang cahaya mata, seorang putera Ameen Naufal Dini, 3 tahun dan dua orang puteri Nur Mawar Deena, 4 tahun dan Ayulily Maryam 2 tahun.
.

Sepanjang tempoh 4 tahun itulah saya mengamalkan Shaklee dari pengguna biasa, menjadi member dan kini aktif untuk melebarkan empayar bisnes Shaklee saya untuk diwariskan kepada anak anak saya kelak. Semuanya bermula dari Set Berpantang Shaklee.
.

Kerana jarak setahun seorang anak dengan usia yang sudah pun masuk 40 tahun, tidak pernah terlintas untuk saya menambah bilangan ahli keluarga. Rasanya cukup dengan apa yang Allah dah kurniakan kepada saya.
.

Ditakdirkan March 2018, saya disahkan hamil untuk anak keempat. Berita ini saya terima dgn rasa syukur kerana pasti Allah lebih tahu apa yang sebaik baiknya untuk saya.
.

Saya terus ambil sepenuhnya set kehamilan Shaklee bila tahu diri telah hamil. Serta merta juga saya memberhentikan pengambilan Alfafa yang mana saya makan utk penyusuan anak no 3 juga sebagai agen detoks mengurangkan berat badan dan menghilangkan masalah keputihan. Maklumlah kononnya tahun 2018 ini misi saya nak kurus jelita.#misikurusjelita2018.
.

Tetapi kerana ditakdirkan saya hamil, misi kurus jelita ditunda sehingga saya selamat melahirkan kelak. Saya meneruskan pengambilan set kehamilan yang complete untuk trimester pertama, ESP, B Complex, Vitalea, Vitamin C dan Ostematrix. Juga saya tambah ambil Garlic untuk solusi masalah keputihan bg ibu hamil(ganti kpd Alfafa). 
.

Nak masuk minggu ke 10, kerana Allah itu sebaik2 Perancang, saya terasa perut saya seakan mengeras. Diikuti rasa seperti senak2 perut kemudian hari. Esok paginya ada pendarahan sedikit. Bila rasa semakin banyak sedikit, saya terus pergi ke klinik. Apabila buat imbasan di perut, doktor dapati tiada nampak jantung baby, tetapi hanya ada kantung. Scan mengesan baru 6 minggu sedangkan saya dah 10 minggu hamil. Doktor pinta saya merujuk terus ke hospital.
.

Di hospital Shah Alam, doktor mengesahkan kandungan tidak menjadi. Doktor memberi tempoh 2 minggu untuk keguguran itu berlaku secara semulajadi. Biarkan ia keluar sendiri katanya.
.

Mendapat nasihat dari sideline, mohon saya consume terus makan Alfafa sbb ia membantu proses keluar kantung dari perut dgn lebih cepat.
.

Dua hari selepas itu, keguguran yang dikatakan itu berlaku dgn sendirinya. Allahuakbar. Saya bersyukur Allah memilih saya untuk menerima ujian ini. Baru saya tahu begini rupanya ibu yang keguguran. Alhamdulillah saya melaluinya dengan hati yang terbuka. Selama tiga hari berturut turut saya keluar darah dengan begitu banyak dan sangat laju. Seperti tumpahnya air ketuban, begitulah keluarnya darah itu bersama ketulan seperti limpa tu. Ada yang menasihatkan saya untuk pergi ke hospital jika saya mengalami pening yang teruk kerana banyaknya darah keluar. Risau dan takut saya kehilangan darah.
.

Saya percaya dengan suplemen suplemen yang saya telah amalkan secara konsisten sangat membantu saya dalam menghadapi situasi keguguran dengan lebih baik.
.

Ramai orang kata sakit keguguran lebih sakit dari bersalin. Tapi Alhamdulillah saya tidak merasa sakit yang lebih teruk dari melahirkan. Rezeki saya barangkali, Allah memudahkan segalanya untuk saya.
.

Saya percaya amalan makan Vitamin C secara konsisten selama 4 tahun byk membantu saya untuk kurangkan rasa sakit keguguran itu. ESP, B Complex dan Vitalea juga banyak membantu untuk mencukupkan keperluan nutrisi dalam badan saya selama tempoh itu. Kerana itu, walaupun org kata bila keguguran ni wajib berpantang mcm orang melahirkan, Alhamdulillah dengan pengambilan kesemua vitamin yang saya sebutkan tadi, saya lebih cepat sihat.
.

Saya tetap melakukan tugas tugas sebagai seorang ibu seperti biasa walaupun dikatakan dalam pantang. Alhamdulillah, terima kasih Shaklee. Yang bestnya, saya semasa berurut, tukang urut puji badan saya mudah diurut dan stretch marks kat perut langsung tiada. Alhamdulillah berkat minum ESP sekian lama.
.

Terimakasih Shaklee. Moga cerita saya menjadi panduan untuk semua memilih Shaklee untuk kesihatan korang yang lebih baik.
.

Untuk ibu ibu hamil, korang ambillah set kehamilan Shaklee dan teruskan ambil set berpantang selepas melahirkan. Insha Allah pilihan korang itu tidak akan merugikan untuk jangka masa panjang.

Shaklee terbukti semulajadi, selamat dan berkesan.
.

Sekarang saya teruskan #misikurusjelita2018 ni. Kebetulan saya dah pun menggunakan Youth Starter Pack selama 51 hari. Alhamdulillah, saya dapat rasakan Youth banyak membantu parut jerawat yang banyak di wajah saya, pudar dari sehari ke sehari. 
.

Lecithin, Alfalfa dan ESP pastinye tiga supplemen kurus yang sangat wajib Akak consume untuk pastikan misi kurus tercapai. Ditambah dengan skincare Youth, Vitamin C, Garlic, B Complex dan Vitalea, mudah mudahan bertambah jelita luar dan dalam. Aamiin.

KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-JUMAATI AHMAD


Sungguh sedih hiba dan terkilan apabila mengalami keguguran. Pasrah dan redhalah setiap ujian yang ALLAH berikan. Dalam tempoh pemulihan berpantang keguguran perlu dititikberatkan agar kesihatan rahim anda dan perasaan anda recover dengan lebih cepat dan segar. 

Jika anda berminat dapatkan SET KEGUGURAN anda bole WHATSP @ TELEGRAM @ MESEJ ASFA 012.933.4070

Sunday, 15 July 2018

CARA ATASI MASALAH KAKI KEJANG SEWAKTU HAMIL



SET PRENATAL SHAKLEE BANTU KEKALKAN HB PADA PARAS SELAMAT


SET HAMIL SHAKLEE


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Harini saya nak kongsikan testimoni saya seorang ibu mengandung yang pernah dikategorikan dalam kategori "mild anemia". 
.

Memanng sejak daripada matrikulasi lagi saya tahu saya jenis mild anemia. Sebabnya pernah beberapa kali nak derma darah tak berjaya kerana bacaan HB di bawah 10. 
.

Hanya lepas sekali sahaja derma darah masa di tahun ketiga universiti, tapi lepas derma darah saya tak boleh berjalan. Haha. Pitam, nasib baik tak pengsan..kalau tak malu je sebab pakai pakaian uniform😅
.

First pregnancy, saya suka suka je makan vitamin. Tapi memang vitamin yang klinik bagi saya tak makan la sebab dah memang consume vitamin shaklee. Cuma tak konsisten. 


2-3 kali nurse detect bacaan HB saya rendah. Nasib baik nurse masih bagi pilihan nak ambik supplement shaklee konsisten atau nak ambik zincofer. Heeeee! So saya decide ambik set vitamin prenatal shaklee konsisten. Alhamdulillah, sampai ke hujung pregnancy HB masih maintain 11 ke atas selepas ambik set vitamin prenatal shaklee ni dengan konsisten. 
.

2017, saya mengandungkan anak kedua. Masa ni memang continue set vitamin prenatal shaklee je sebab menyusu. Saya memang tak ambik alfalfa sejak daripada pregnant yang pertama. 
.

Beberapa experiment atas risiko sendiri saya buat untuk kehamilan kedua ni. Yang pertama, tak makan apa-apa supplement langsung tapi ambik makanan yang kaya dengan zat besi dan vitamin lain contohnya sayur double, makan jambu batu, makan hati lembu, makan sumber protein 2-3 jenis sehari, makan buah 2-3 jenis sehari. 


Hasilnya, result HB saya rendah, hanya 10.8 sahaja. Masa ni tengah 28 minggu. 


Ujian kedua saya buat dengan ambil jus delima jenama G***** yang sangat ramai orang perkatakan kat dalam group ibu mengandung facebook boleh naikkan bacaan HB. 


Tapi sayang, saya tak dapat result bacaan HB masa tu sebab bukan masa test HB lagi. Masalahnya lain pulak yang jadi bila ujian air kencing yang dibuat menunjukkan urin saya trace! Ada gula! Nak cari result lain, lain pulak saya dapat. Tu hanya 2 minggu amalkan. 


Nasib baik esoknya test MGTT saya pass. Tak sangkut bacaan gula. Kalau sangkut, memang seumur hidup saya menyesal ambik jus tu. 
.

No more experiment. Saya teruskan je ambil set prenatal shaklee dengan gembira tanpa was-was. Alhamdulillah, hingga sekarang saya dah 39 weeks plus masih lagi amalkan set prenatal shaklee ni konsisten. HB masih cun di atas paras 11. 
.

Nak naikkan HB? Go for set prenatal Shaklee! Bukan HB sahaja jadi concern utama, tapi dengan set ni banyak penyakit ibu mengandung dapat dielakkan. Contohnya tekanan darah tinggi, kencing manis, urin trace infection, pre-eklampsia, kelahiran bayi pramatang dan jugak kaki kejang di waktu malam. 
.

Alhamdulillah, pregnancy kedua saya sangat sangat baik. Kaki cramp pon takde langsung. Padahal masih menyusu anak pertama. Hormon berubah pon kulit tak break out. Dan pertambahan berat saya kali ni memang sangat memuaskan. Mesti within the range every check up. 
.

Bagi anda yang concern untuk melalui fasa kehamilan yang sangat sihat untuk ibu dan bayi dalam kandungan, seriusly anda patut cuba set prenatal Shaklee ni. Takkan rugi! Ibu sihat, bayi pon sihat tanpa sebarang masalah. 
.

Minimize the risk. Don't ever challenge the risk especially those having problem with the previous pregnancy or genetically problems. 
.

Jangan menyesal kemudian hari bila baby dah keluar. Dah tak berguna. Kos kewangan, kesihatan dan kebahagiaan akan diragut semuanya.



KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-NADIMAH MUHAMMAD


Sungguh menyiksakan bangun malam dan terpaksa kejutkan pasangan yang tengah syok di buai mimpi indah minta urut kaki yang selalu kebas dan kejang. Anemia semasa hamil memang risiko besar untuk baby dan mommy. Pengambilan SET HAMIL membantu ibu sihat dalam tempoh kehamilan. Tak percaya. ANDA CUBALAH !!!

Sekiranya anda berminat boleh WHATSP @ TELEGRAM @ MESEJ ASFA 012.933.4070



Saturday, 14 July 2018

Pengedar Shaklee Sungai Buloh Aktif COD


pengedar shaklee sungai buloh


Assalamualaikum wbt.
Saya Asfa Norain.  ID 1138323 selalu bergerak aktif secara COD di kawasan sungai buloh saujana utama damansara damai hospital sungai buloh subang dan kawasan sekitarnya.


Sekiranya anda memerlukan vitamin shaklee untuk memberi kesihatan yang lebih baik bagi memenuhi diet kesihatan anda.  Anda boleh menghubungi saya di talian whatsp / telegram 012.933.4070 atau anda boleh hubungi suami asfa untuk dapatkan perkhidmatan secara cod terus ke rumah anda 018.371.5354 firdaus


pengedar shaklee sungai buloh


Saya akan berikan khidmat konsultansi secara percuma ,saya akan berikan cara pengambilan vitamin yang sesuai untuk diet anda dan tips kesihatan serta jika anda berminat mencari income tambahan secara partime atau fulltime saya akan guide anda sehingga anda berjaya TAMBAH INCOME dan anda berpeluang membuka empire bisnes anda sendiri. PASTIKAN ANDA BERMINAT DALAM DUNIA NUTRISI KESIHATAN DAN JIWA YANG KENTAL.


Pengedar Shaklee Sungai Buloh Aktif COD


CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK DAN SELESEMA KANAK-KANAK SEAWAL 7 HARI



BATUK BERKAHAK DAN SELSEMA ANAK SEMAKIN SEMBUH SELEPAS BERIKHTIAR DENGAN OMEGA GUARD SHAKLEE



OMEGA GUARD SHAKLEE


Assalamualaikum.

Hi, saya Nurhafizah Zamri ibu kepada 2 orang puteri yang berumur 4 dan 1 tahun. Sebagai seorang ibu saya sangat mengambil berat akan tahap kesihatan anak yang bermula dari pemakanan hingga lah persekitaran. Akan tetapi kita hanya dapat mengawal pada yang mampu kita kawal .
.

Bermulanya pengalaman ini apabila anak sulung saya hana sofia mula memulakan sesi persekolahan pada awal tahun ini januari 2018 .
.

Beliau adalah seorang anak yang sangat aktif dan juga Alhamdulillah seorang yang sukar jatuh sakit . Mungkin faktor beliau di jaga sendiri oleh saya dan bukan di hantar ke rumah pengasuh. 
.

2 bulan yang lalu , hana mula demam batuk dan selsema selalunya hana akan demam 2 3 hari dann kembali pulih tetapi kali ini demam nya on off selama lebih dari 3 hari .hati mana yang tidak risau kan . Batuknya makin teruk dan mempunyai kahak.
.

Saya ada membawanya ke klinik akan tetapi tiada perubahan kerana hana juga adalah seorang yang sangat takut pada ubat. Agak sukar saya memberikannya ubat dengan konsistant. Saya mengawal pemakanan hana secara keseluruhan yang boleh menyebabkan batuk dan selsema semakin teruk. 
.

Hana saya hanya berikan beliau nutriferon yang masih berbaki dan hana amalkan sehingga habis dlm 3 pack saja yang tinggal .Hana juga saya kuarintin kan dari sekolah kerana risau akan menganggu tahap kesihatan anak-anak yang lain disekolah .Dari yang saya baca di dalam group wasap sekolah hampir lebih 10 orang pelajar yang tidak dapat hadir kesekolah setiap hari kerana mengalami tahap kesihatan yang tidak baik dan ada juga yang telah admit di hospital .
.

Dalam berberapa hari yang sama anak bongsu saya hani turut memberikan tanda-tanda awal jatuh sakit seperti kakaknya . Badan telah panas batuk dan juga mempunyai selsema 
.

Perubahan hani semakin ketara apabila hani mengalami demam panas yang sangat tinggi sehingga ada yang cecah 39 darjah dan saya segera ke klinik untuk mendapat kan rawatan akan tetapi suhunya kembali normal selepas ke klinik . Ubat juga kami berikan tetapi Demam hani berlarutan ke 3 hingga 4 hari dan hanya demam pada malam hari. 
.

Ia sangat membimbang kan saya apabila kami suami isteri berpakat untuk jalankan ujian darah pada hani . Doktor sahkan dari keputusan darah hani mungkin hani suspek virus influenza B dan doktor menasihatkan hani di bawa balik dahulu dan kembali ke hopsital pada esok paginya jika tiada perubahan kerana kami mengalami beberapa masalahya yang lainnya. 
.

Saya berfikir apa lagi ikhtiar yang perlu saya lakukan. Ye saya ada membeli omega guard 2 3 hari semasa hana masih demam dan batuk berkahak kerana saya tahu omega boleh memecahkan kahak dengan cepat tetapi kiriman saya yang saya order ada sedikit kelewatan .
.

Alhamdulillah sehari selepas ujian darah hani kiriman saya yang mengandungi omega guard sampai dan saya memberikan hana dan hani sebiji seorang setiap hari .Demam hana dan batuk hana sudah semakin pulih .hani juga demamnya sudah membaik dan hanya batuk dan hingusnya saja yang masih berbaki.
.

Batuknya masih lagi berbunyi menanda kan kahak masih ada. Saya konsistant memberikan hani omega dari hari kehari selama seminggu. Hati saya senang bila melihat setiap kali mereka membuang air besar akan terlihat tasktur najis mereka seakan berlendir dan berkilat . Itu tandanya kahak yang terkumpul mulai keluar melalui najis ..Allahamdulillah ,tiada apa yang mampu saya ucapkan ketika itu hanya bersyukur pada Allah anak-anak akan saya telah kembali sihat dan aktif seperti sedia kala . 
.

Ya kini sudah 2 bulan berlalu mereka sihat seperti selalu . Hana juga telah kembali ke sekolah setelah hampir 2 minggu saya cutikan beliau.. kini hana dan hani konsistant amalkan omega dan berharap mereka kekal sihat sentiasa dan dilindungi Allah selalu . Kita berikhtiar Allah yang menyembuhkan.
.

Jika ibu-ibu bapa-bapa yang telah membaca kisah saya ini mungkin kisah saya hanya biasa-biasa tetapi jika kita ditempat yang sama kita juga akan sangat risau akan kesihatan anak-anak. Baru saja suspek sudah rasa nak tercabut nyawa ini kan pula jika ia betul-betul terjadi .
.

Dan oleh itu jika anak anda mengalami masalah yang sama anda boleh berikhtiar dengan Omega guard dan juga kawal pemakanan harian anak-anak..kita mampu mencegahnya .

Alhamdulillah terima kasih Allah terima kasih shaklee.


KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-HAFIZA ZAMRI ACIK


Sekiranya anda berminat dapatkan OMEGA GUARD anda boleh WHATSP @ TELEGRAM @ MESEJ ASFA 012.933.4070

Friday, 13 July 2018

CARA ATASI SAKIT TUMIT DAN SEMBELIT TERUK SEAWAL 7 HARI



MASALAH SEMBELIT DAN SAKIT TUMIT KIAN PULIH SELEPAS AMALKAN OMEGA GUARD DAN OSTEMATRIX SHAKLEE


OMEGA GUARD


Assalamualaikum.

Nama saya Rozila Ramli dan lebih di kenali sebagai Kak Yang. Berumur 34 tahun dan bekerja sebagai penjawat awam.
.

Harini Kak Yang nak kongsikan kesan pengambilan vitamin secara konsisten, telah memberikan hasil yang WOOOW pada Kak Yang. 😍
.

Bagi semua orang mungkin biasa masalah ini. Tapi bagi Kak Yang, masalah ini mengganggu mental dan fizikal. Kak Yang STRESS. 😭

Masalahnya adalah SAKIT TUMIT & SUKAR BERAK.
.

Mungkin ade yang gelak, tapi masalah ni buat hidup Kak Yang huru-hara.
.

SAKIT TUMIT yang melampau sangat. Setiap pagi bila bangun tidur, kalau boleh taknak jejak kaki ke lantai. Sebabnya, seakan Kak Yang memijak duri. Sakit ya amattt. Punya la tekan-tekan dan ketuk tumit ni, supaya sakit hilang.
.

Kalau berdiri lama-lama atau berjalan lama pun akan sakit. Sampai Kak Yang terpaksa melupakan hobi, iaitu tawaf mall. 😩 Pernah jugak terpikir, mungkin salah kasut sebab kasut murah. Sampai Kak Yang pergi beli, bata comfort rm1++. Tapi sakit tetap ada. 😓
.

Satu keadaan yang Kak Yang alami, semasa tengah drive balik kampung. Tiba-tiba sakit menyucuk-nyucuk di tumit datang. Ya Allah...masa tu dah la di highway. Nak berhenti di rnr jauh lagi, Kak Yang just teruskan drive sambik menahan SAKIT MENYUCUK tu. Nak nangis rasanya.huhuhu
.

Tapi penderitaan Kak Yang itu tamat setelah Kak Yang bertemu OSTEMATRIX & OMEGA GUARD. Hasil konsisten selama 2 ke 3 bulan, tanpa sedar masalah Kak Yang ni hilangggg. Serius, memang Kak Yang tak sedar.
.

Dalam masa yang sama, masalah sukar berak Kak Yang jugak selesai. 😁
.

Dikalangan family memang dah tau masalah sukar berak ni. Sampai pernah di cop "KENSUK" hahaha. Masalah ini yang membuatkan badan KakYang penuh toksin dan membuatkan Kak Yang cepat letih, tidak bermaya dan kulit kusam.
.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Berkat pengambilan 2 vitamin ni membuatkan Kak Yang bebas dengan 2 masalah besar ini.
.

Kepada yang mengalami masalah seperti Kak Yang, anda boleh la mencuba set ini. Semoga ia dapat membantu anda. Insyallah.


kredit : 
SUPERMOM SHAKLEE STORY-ROZILA RAMLI


Sekiranya anda berminat dapatkan 2 item produk ini untuk atasi masalah sakit tumit dan sembelit yang melanda diri anda. Anda bole WHATSP @ TELEGRAM @ MESEJ ASFA 012.933.4070

Thursday, 12 July 2018

CARA HILANGKAN PARUT CHICKEN POX



PARUT CHICKEN POX SEMAKIN PUDAR SELEPAS KONSISTEN AMALKAN SET CHICKEN POX SHAKLEE


SET HILANG PARUT SHAKLEE


Nama Saya Nor Hawana Binti Mohd Tahir. Berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Pembantu Pustakawan.
.

Pada bulan Oktober 2017, Saya telah dijangkiti virus Chicken Pox. Bayangkanlah bila kena Chicken Pox diusia yang makin sangat dewasanya ni, tahap sakitnya tu berbeza dengan kanak-kanak.
.

Buat pengetahuan semua, Saya tak pernah kena Chicken Pox ni. Kalau kena pun demam campak. Tapi masa tu waktu bayi. Lebih kepada ruam halus lah.
.

Mula kejadiannya, anak sulong yang kena. Berjangkit dari kawan di sekolah. Kemudian berjangkit pula pada anak bongsu. Dan akhir sekali tentulah si ibunnya.
.

Ada bintik merah keluar. Ingatkan Saya kebal takda lah berjangkit rupanya kena jugak. Nasib badan! 😅. Saya demam sebab chicken pox ni naik di muka, kepala dan badan. 
.

Dalam mulut pun ada juga. Mungkin sebab terlalu panas. 😂 Teruk sangat menahan sakitnya. Nak buat apa pun tak larat masa tu. Saya sampai menangis la gara-gara Chicken pox ni.😅
.

Saya adalah pergi klinik untuk ambil cuti sakit dan doktor bagi ubat sapu dan ubat demam. Dalam masa yang sama Saya telah mengambil vitamin set lengkap untuk Chicken Pox ni.
.

Antara vitamin yang Saya ambil adalah Nutriferon, Vitamin C, Garlic, B Complex dan Esp. Saya juga gunakan krim Herbal blend sebagai sapuan dan basic H sebagai mandian.
.

Vitamin C, Nutriferon dan Garlic tu memang Saya ambik untuk tingkatkan imun badan Saya. Esp tu Saya bancuh sejuk-sejuk plain je sebab nak makan takde selera. Tu yang ambik Esp untuk lapik perut dan Esp ni pula protein jadi bagus untuk kulit berparut juga.
.

Dalam masa seminggu bengkak dimuka surut, kuping-kuping Chicken Pox tu pun makin kering. Syukur sangat.
.

Alhamdulillah, akhirnya parut Chicken pox pun makin nipis. Pada mereka yang mengalami Chicken pox di usia macam Saya ni, elok sangatlah amalkan vitamin lengkap tau.
.

Apapun, Syukur pada Allah SWT yang memberikan kesembuhan pada Saya.
Moga kisah Saya dapat memberi manfaat buat semua!
.

Terima kasih Shaklee. Terima kasih Supermom Shaklee StorY.


KREDIT : 
SUPERMOM SHAKLEE STORY-WANA MOHD TAHIR


Sekiranya anda berminat dapatkan SET HILANG PARUT anda boleh WHATSP @ TELEGRAM @ MESEJ ASFA 012.933.4070

Wednesday, 11 July 2018

Cara Cepatkan Luka Pembedahan Bersalin Seawal 7 Hari


BEAUTIFUL JOURNEY, DARI INGIN HAMIL, SEMASA HAMIL, BERPANTANG DAN BREASTFEEDING


SET BERPANTANG


Assalamualaikum .
Saya A'bidatul Mu'tadillah bt Motolani berumur 35 tahun.saya mula menjadi pengguna dan juga pengedar shaklee dari tahun 2014. Semua nye bermula untuk ikhtiar sihat.Alhamdulillah kesihatan saya menjadi semakin baik dengan usaha konsisten makan vitamin.
.

Pada awal tahun lepas, 2017 saya berjinak-jinak untuk minum vivix dan b complex. Untuk repair mana-mana sel badan yang rosak dan tak sihat. B complex adalah bekalan untuk HB yang baik. Disamping usaha untuk anti stres dan juga kecantikan. sebenar ada niat dihati andai diberi peluang dan rezeki nak baby..ha ha ha.hari-hari yang saya lalui menjadi semakin sunyi bila anak-anak pergi kesekolah.anak sulung berumur 10tahun dan yang kedua 8tahun masa tu. Hidup menjadi sangat selesa.
.

Alhamdulillah pada bulan mac saya disahkan mengandung. Huh masa tu antara percaya dengan tidak. Kami sekeluarga sangat gembira dengan berita ni. Oleh kerana ni baby yang ditunggu-tunggu jadi saya teruskan pengambilan vitamin untuk ibu hamil. Alhamdulillah alahan tu ada tapi tak de lah teruk. Masa ni saya makan vitamin c,b complex,vitalea dan ostematrix.
.

Masuk bulan kedua buka lah buku pink. Masa ni semua sejarah dirungkai. Ha ha ha.saya ade sejarah tyroid. Tapi masa tu tak tau jenis yang mana. Rupanya dia mengganggu apabila saya mengandung. Ibu hamil kan mengalami perubahan hormon. Saya mengalami penurunan berat badan yang agak banyak.sepanjang kehamilan saya mengalami kurang berat badan sebanyak lebih kurang 19kg. Ni kalau masa normal menari-nari saya seronok.kurus gitu.
.

Maka sepanjang kehamilan saya dipantau oleh doktor pakar dari hospital besar ipoh.setiap bulan kena cek darah bagi memastikan tahap tyroid saya terkawal.Alhamdulillah masa hujung-hujung kehamilan tyroid saya semakin stabil. Saya terus konsisten dengan set kehamilan shaklee. Saya yakin bila saya dapat vitamin dan nutrien yang cukup untuk baby saya In syaa Allah semua akan ok.
.

Kehamilan saya yang ini sangat berbeza dari yang lepas-lepas. Walaupun ade hypertyroid saya kekal aktif hingga ke hari bersalin. Saya juga perlu hadir kekuliah sebab masih menyambung study. Allah mudahkan saya walaupun terpaksa duduk dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Belum lagi bila terpaksa berjam-jam duduk didepan komputer untuk menyiapkan esaimen. Saya enjoy sepanjang kehamilan.
.

Berkat konsisten ostematrik saya tidak mengalami sakit gigi,kejang -kejang kaki dan juga tidak mengalami sembelit. Kandungan sebelum ini semua tu saya lalui.
.

Tanggal 14/12/2017 maka lahirlah baby bam bam. Dalam ibunya susut tapi baby Alhamdulillah 4kg semasa dilahirkan. Disebabkan overdue 40minggu 9hari dan berat semasa di scan 3.9kg. Walaupun sudah turun tanda tapi baby tidak berada dijalannya. Makanya emergency czer lah.
.

Selepas sahaja keluar dari bilik operation dan masa kuarantin. Maka saya dibenarkan untuk makan dan balik ke wad. Usah cakap la rasa lapar nya tu kan. Mula puasa pukul 8 pagi pukul 11 malam baru boleh makan. Ha ha ha. Suami dah tunggu dekat wad. Tau ape yang dibawa nye..VIVIX. Saya tak fikir apa dah minum 2 sudu besar vivix dan malam tu minum susu dan roti sahaja. Sebab saya perlukan tenaga untuk diri saya dan juga baby. Sebab baby dah mula menyusu dan baby bersama dengan saya. Sepanjang malam tu Alhamdulillah saya boleh mengurus diri dan baby.
.

Sepanjang berpantang saya meneruskan vitamin-vitamin yang memang saya makan dan ditambah dengan vivix,alfalfa dan lecithin. Sedia maklum ibu yang bersalin pembedahan memerlukan penjagaan yang lebih dan kena dipastikan tempat luka kering dan sembuh dengan baik.
.

Ibu bersalin tak lari dari masalah bengkak susu.Alhamdulillah dengan lecithin sangat membantu.
.

Saya juga perlu hari-hari pergi ke klinik untuk cek kuning baby. Saya perlu naik turun tangga sebab rumah ditingkat 2. Oleh sebab itu saya perlukan tenaga dan sihat bagi memastikan baby dapat susu dan juga perhatian yang terbaik.
.

Alhamdulillah diatas segala momen-momen yang indah sepanjang kehamilan baby yang ketiga ini. Andai ada ibu-ibu yang ingin hamil,sedang hamil dan sedang berpantang boleh la cuba set-set yang sangat hebat ni.




kredit : SUPERMOM SHAKLEE STORY-A'BIDATUL MU'TADILLAH MOTOLANI


Sekiranya anda berminat dapatkan vitamin shaklee dan cara pengambilan yang berkesan boleh WHATSP @ TELEGRAM @ MESEJ ASFA 012.933.4070
.

Tuesday, 10 July 2018

CARA TAMBAH DARAH DAN NAIKKAN HB DENGAN CEPAT



NAIKKAN HB DALAM MASA 11 HARI


VITALEA


Assalamu'alaikum.. Nama saya Aina dan sekarang tengah mengandung anak kedua.
.

Bila mengandung je mesti orang akan kaitkan dengan masalah hb rendah kan? Masa aina mengandungkan anak pertama dulu, aina juga tidak terlepas dengan masalah hb rendah.
.

Obimin tak pernah miss. Iron tablet yang KK bagi pun ambil juga. Tapi hb tetap 10 ke bawah. Sampai banyak kali kena marah dengan nurse.
.

Bila mengandung kali kedua, aina dah mula mengamal supplement set hamil Shaklee. Alhamdulillah setakat sehingga kandungan 5 bulan, hb aina masih di paras normal.
.

Tetapi di usia kandungan 6 bulan hb aina mula drop jadi 10.8. Nurse mula suruh up kan dose iron tablet sehingga 4 biji sehari.
.

Jadi aina balik rumah dan kaji semula kenapa hb aina boleh turun. Kerana vitalea sepatutnya dapat membantu naikkan hb. Bila dikaji, aina buat kesimpulan memang salah diri sendiri. Kadang-kadang terlupa nak ambil vitamin. Tak pantang cafein (antara punca hb aina turun). Dan cara aina ambil vitalea tu sendiri pun salah.
.

So aina buat research sendiri macam mana cara betul nak consume vitamin Shaklee supaya badan boleh serap sepenuhnya dan sekaligus naikkan hb.
.

Selepas aina tukar cara pengambilan vitalea dan vitamin c, kurangkan pengambilan cafein, alhamdulillah dalam masa 11 hari je hb aina naik mendadak.
.

Sampai nurse pun tanya makan vitamin ape dan macam mana cara aina ambil sehingga hb naik mendadak. Rasa lega sangat bila tengok result hb sendiri.
.

Bukan itu sahaja antara kesan lain bila aina mengamalkan set hamil Shaklee, kaki aina tak pernah cramp malam-malam. Berbanding dengan mengandung kali pertama dulu, hampir tiap-tiap malam kejutkan suami kerana kaki cramp.
.

Kemudian masalah sembelit pun tiada. Kalau dulu bercinta nak pergi toilet, sekarang setiap pagi, sudah menjadi rutin wajib pergi ke toilet.
.

Dan paling best, masa mengandung kali pertama dulu, setiap bulan berat akan naik dengan banyak sehingga menyebabkan rasa sakit pada tapak kaki. Tapi alhamdulillah mengandung kali ini, kenaikan berat badan sangat terkawal setiap bulan.


Alhamdulillah, bila konsisten dengan set hamil shaklee, tempoh mengandung rasa sangat mudah dan bertenaga. InsyaAllah lepas bersalin akan sambung dengan set pantang Shaklee pula. Terima kasih Allah kerana temukan aina dengan Shaklee.


kredit : supermom shaklee story-Aina Amin


Betul time preggy mom salah satu perkara yang paling risau adalah HB rendah dan tidak naik-naik. Mulalah terkial-kial cari makanan untuk tambah darah tetapi tetap tidak berkesan. Bila check mungkinkah pembawa thalasemia. Yang buat tidak tahannya kepala pening mual selalu dan risaukan kesihatan bayi di dalam kandungan. Jadi apa patut di buat. Berdasarkan perkongsian di atas saya juga sangat sarankan anda amalkan SET HAMIL SHAKLEE. Sungguh tau ia akan banyak membantu anda bebas dari masalah kehamilan dan anda menjadi ibu mengandung yang paling bahagia. In shaa allah..


Berminat anda boleh whatsp @ telegram @ mesej ASFA 012,933,4070

Monday, 9 July 2018

CARA ATASI LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH


GARA-GARA SET BERPANTANG, KU JATUH CINTA DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Saya Hayati Ismail.Saya adalah Mama kepada 5 orang cahaya mata.Saya mula berkenalan dengan suplemen Shaklee pada tahun 2014 dan sehingga kini masih setia.
.

Saya mula jatuh cinta dengan suplemen Shaklee melalui Set Berpantang. Masa tu saya berpantang anak yang ke 4. Melahirkan anak melalui pembedahan memberi cabaran besar buat saya. Iyelah kan...saya kena fikir macam mana nak uruskan anak-anak dan diri sendiri...Maklumlah berpantang sendiri katakan...
.

Tapi selepas mengambil suplemen Shaklee.Saya rasa badan semakin pulih dengan cepat.Sepanjang hari bertenaga dan kurang stress.Paling saya suka luka cepat sembuh.Alhamdullilah...susu pun meriah.Murah rezeki Abang Chik Hadif.
.

Suplemen Shaklee yang membantu saya semasa berpantang ialah ESP,Vitamin C,Vitalea,Ostematrix,Alfalfa Complex ,Zinc Complex
dan B Complex.
.

Tidak lama selepas itu,saya mengandung lagi. Apa lagi saya terus ambil Set Kehamilan Shaklee . Sepanjang tempoh kehamilan saya tidak menghadapi sebarang masalah.
.

Kalau dulu setiap kali mengandung cek HB lah yang paling saya tak suka.Iyelah ... selalu dapat result yang tak cantik. Tapi selepas mengamalkan Set Kehamilan Shaklee. 
.

Result HB saya cantik aje.Nurse pun senyum aje...
Iyelah...diaorang pun mesti suka tengok result kita cantikkan... saya lagilah senyum sampai ke telinga...
.

Kemudian saya teruskan dengan Set Berpantang dan Menyusu Shaklee... Sekali lagi saya melahirkan anak melalui pembedahan. Tapi kali ni tak menjadi masalah pada saya...
.

Alhamdullilah...walaupun sekarang Adik Harraz dah berumur 2 tahun 2 bulan.Dia masih BF baby Mama tau.
Antara kebaikkan berpantang yang saya dapat dengan suplemen Shaklee adalah :

1. Luka bersalin cepat baik
2. Bertenaga sepanjang hari
3. Menguatkan imun tubuh ibu dan anak
4. Mengawal emosi ibu dari stress
5. Mengelakkan rambut gugur
6. Susu badan meriah

Pengalaman berpantang dengan suplemen Shaklee adalah satu pengalaman yang luarbiasa bagi saya.Maklumlah sebelum ni saya ada cuba pelbagai produk berpantang.Tapi berpantang dengan suplemen Shaklee memang terbaik.




SET BERPANTANG SHAKLEE



Bagi kawan-kawan yang masih tercari-cari suplemen untuk berpantang.Saya syorkan anda mencuba set berpantang Shaklee...Di jamin selamat,semulajadi dan berkesan.


kredit : supermom shaklee story-Hayati Ismail



Sekiranya anda selalu mengalami masalah dalam tempoh kehamilan berpantang serta masalah  dalam penyusuan dan kulit anda menjadi semakin kusam berparut jerawat tiada keserian malah anda mengalami masalah kedinginan untuk bersama suami. Jadi saya sangat sarankan anda amalkan SET BERPANTANG SHAKLEE in shaa allah membantu anda mengatasi masalah di atas.


Anda boleh menghubungi whatsp @ mesej asfa 012.933.4070



Saturday, 7 July 2018

Cara Atasi Resdung Dan Jerawat Nanah Pada Muka

SET RESDUNG MELEGAKAN GATAL DI MUKA DAN JERAWAT HILANG


TESTIMONI SET RESDUNG SHAKLEE



Assalamualaikum,

Saya Ummi Zainab Mohamad, Nama glemer di Fb Ummi Ussi (Cik Zai). Mula kenal Shaklee pada tahun 2013 dan sah menjadi SID pada 3 September 2013 . Sebelum ini tak pernah kenal apakah itu Shaklee .. Tak pernah tau dan tak pernah diberitahu walaupun saya yang sangat aktif berinternet. Sehinggalah satu hari, saya ke hospital dan diperkenalkan oleh seorang Doctor Cun, Doc Nadia (Fb : Nadia Abdul Kadir) promot sikit kasi glemer lagi. Langkah kanan gamaknya masuklah bilik No.1 dan saya menceritakan segala masalah saya kepada doctor tersebut . Tq yer doc !
.


Ok dipendek2kan cerita, setelah diperkenalkan melalui flyer shaklee yang doc bagi saya tak mencuba terus sehinggalah saya tengok banyak suplemen di rumah saudara saya. So dia pulak menceritakan kebaikan Shaklee kepada saya. Ingat lagi suplemen first saya cuba adalah Alfalfa Complex.
.


Saya diberitahu Alfalfa Complex ni sesuai untuk penyakit resdung. So saya cubalah. Alhamdulilah memang menakjubkan kegatalan dimuka, hidung, lelangit, telinga kembali berkurang dan sembuh dengan sekelip mata. Kalau dulu saya peruntukkan hampir RM 300.00 untuk settle masalah resdung saya ni (facial muka, berbekam, beli batang rokok resdung) tetapi dengan Alfalfa Compex saya hanya peruntukkan RM 53.75 (harga bukan ahli) yang kuantiti sebanyak 330 biji. Bonusnya lagi masalah keputihan dan masalah dalaman saya semakin pulih dan hilang terus .. Menakjubkan !!!
.


Sejak dari sebotol Alfalfa Complex saya mula yakin bersama Shaklee. Saya semakin rajin google dan mencari input2 dan sharing/testimoni dari pengguna dan kebaikan dari suplemen shaklee.
.


Ok Settle masalah resdung & keputihan. Saya fokus untuk kecantikan kulit muka pula. Muka saya dulu teruk (kusam, bernanah,sensitif, berparut dan berjerawat) .Untuk masalah itu, saya mula mencuba set kecantikan kulit muka. Saya pernah cuba suplemen Esp, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa Complex, B-Complex.Omega Guard,Herblax dan set skincare pula saya memilih Skincare Enfuselle (masa itu saya pakai sebab kulit muka teruk) sekarang dah takde jerawat saya kembali setia dengan Set SkinCare Nutriwhite (Kulit dah kelihatan normal dah). Memang banyak saya guna suplemen shaklee tetapi saya tak beli semua sekaligus la. Ada duit saya topup sikit untuk suplemen . Saya laburkan untuk diri saya sendiri. Semua BERJAYA kerana saya KOSISTEN guna selama 2 tahun.
.


Alhamdulilah, Allah dah temukan saya dengan suplemen yang sangat berkualiti dengan ujian klinikal yang terbaik dan ia sangat sesuai dengan diri saya. Tahniah untuk diri saya sendiri dan juga untuk berjuta-juta pengguna/testimoni lain yang telah berjaya bersama Shaklee.
.


Yang masih ragu-ragu dengan shaklee . Cuba dulu .. Alami sendiri.. Jangan buat andaian sebelum mencuba. Apa-apapun semoga testimoni ini memberi manfaat pada semua 



KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-UMMI ZAINAB


BERMINAT BOLEH WHATSP 012.933.4070-ASFA

Friday, 6 July 2018

Cara Hilangkan Migrain Teruk Dan Sakit Kepala Dengan Cepat


BCOMPLEX MENGURANGKAN MIGRAIN

TESTIMONI SET MIGRAIN SHAKLEE


JOM BACA PERKONGSIAN INI


Assalammualaikum.

Nama saya Yusnita Md.Deris.Berumur 39 tahun.Berasal dari Melaka dan menetap Di Cyberjaya.
.

Tahun 2015 adalah tahun ke 5 sebenarnya saya mengenali Shaklee,saya betul-betul konsisten ambil Shaklee pada tahun 2012,bila migraine saya menyerang.Sebelum saya mula dengan Shaklee,saya dah puas makan ubat hospital semua ubat apa sahaja yang doktor bagi saya makan.

Tetapi migraine saya tetap tidak reda.Jika hilang pun..hanya seketika sahaja.


Bermula dengan Shaklee,bila ummi saya merangkap upline saya sekarang memperkenalkan vitamin untuk migraine.iaitu esp dan B complex.Bagi cuba dulu.Ummi kata barang sampai nanti terus minum.

.

Bagaikan magic.....
Barang sampai di tangan saya tidak lengah lagi...membancuh susu esp dan ambil B complex...saya niat jika ia membantu ..pulihkanlah aku........

Kuasa Allah swt.....

Mungkin saya tengah sakit....dan menahan sakit sekian lama.....bila saya minum susu esp dan B complex tu...dua hari saya rasa ringan sangat kepala.Bangun pagi pun senang...bukan apa...masa migraine saya x larat nak angkat kepala.

.

Alhamdulillah
Syukur pada mu Ya Allah...
Sehingga kini saya rasa sangat hebat dengan SHAKLEE.

Sekarang bukan sahaja esp dan B complex.....
Semua antara product Shaklee saya ambil.
Kerana saya tahu Shaklee TERBAIK .
Sekalung terima kasih buat ummi Rozita yang memperkenalkan Shaklee .

Sekian dari saya.



KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-TESTIMONI 028 : PN. YUSNITA MD DERIS

Thursday, 5 July 2018

CARA ATASI MASALAH BUAH PINGGANG BOCOR

PROTEIN DALAM URIN BERJAYA TURUN AMALKAN VIVIX


TESTIMONI BUAH PINGGANG BOCOR


JOM BACA PERKONGSIAN INI


Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??

.

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3botol Vivix iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.


Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.


Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.


Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.



KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-MUHAMMAD ROSDI & HARTINI BADRI


BERMINAT BOLEH WHATSP 012.933.4070-ASFA

Wednesday, 4 July 2018

TESTIMONI BERJAYA KURUS AMALKAN SET BERPANTANG SHAKLEE




BERAT SENANG TURUN SELEPAS BERSALIN

TESTIMONI BERJAYA KURUS AMALKAN SET BERPANTANG SHAKLEE


JOM BACA PERKONGSIAN INI


Assalamualaikum . Saya Ainul Mustafa ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi pengalaman saya makan set hamil dan berpantang Shaklee

Semasa melahirkan anak pertama, saya belum berjumpa Shaklee. Sepanjang hamil berat naik 13kg dan selepas habis berpantang 44 hari berat hanya turun 9kg.

Anak pertama saya sudah 1 tahun pun berat saya susah sangat nak turun. Pelbagai cara , product saya guna tetapi hasilnya kurang berjaya malah akibatnya berat makin naik dan susu ibu makin berkurang

Semasa hamil anak ke dua, saya makan set Hamil Shaklee secara konsistent. Alhamdulillah sepanjang hamil tiada masalah dan berat naik 5kg sahaja sepanjang hamil. Tetapi berat anak kedua lebih dari anak pertama

Dalam tempoh berpantang juga, saya hanya mengambil set berpantang Shaklee. Susu banyak, luka cepat sembuh dan anak saya yang kena jaundice pun cepat pulih.

Paling best sekali, seminggu berpantang berat saya sudah hilang 8kg, Naik 5kg turun 8kg. Habis sahaja berpantang berat saya makin turun malah lebih kurus dari sebelum hamil

Sekarang anak sudah 1 tahun pun berat masih boleh lagi maintain, susu pun masih meriah. 

Set hamil dan berpantang yang menjadi pojaan ramai wanita sekarang.


KREDIT : SUPERMOM SHAKLEE STORY-
AINUL FADZILAH


BERMINAT BOLEH WHATSP 012.933.4070-ASFA

Jenis Buasir Dan Cara Atasi Buasir Dengan Cepat

Cara Atasi Masalah Buasir Berdarah  Apa Itu Buasir Buasir atau hemorroid adalah salur darah vena yang membesar di bahagian re...