Sunday, 25 March 2018

Cara Cuci Botol Susu Yang Betul


Cara Cuci Botol Susu Yang Betul


Seronoknya ada anak kecil yang memberi hari indah untuk anda. Gelak tawa anak-anak memberi sejuta makna untuk semua insan yang bergelar ibubapa.
Kita sanggup berkorban masa tenaga wang ringgit untuk menikmati saat bersama anak-anak. 


Penggunaan botol susu memang tidak dapat dielakkan bagi anda yang mempunyai anak-anak yang masih menyusu susu formula atau susu ibu. Sebagai ibubapa yang hebat dan peka anda pasti mengambil berat soal kebersihan dalam mencuci dan membasuh botol. Aspek kebersihan dalam mencuci dan membasuh botol sangat penting agar kotoran yang melekat tiada tertinggal.


Sekiranya botol susu anak anda tidak dicuci dan dibasuh dengan sempurna pasti akan mengundang pelbagai bakteria di celah-celah botol tersebut sekaligus akan menyebabkan anak anda bakal di serang penyakit yang berkaitan perut. Jadi penting bukan untuk menjaga kebersihan botol susu ank.


CARA CUCI BOTOL YANG BETUL



Cara Cuci Botol Susu Yang Betul


1. Cuci Botol Dengan Segera

Selepas anak anda selesai menyusu botol anda haruslah segera mencuci botol dan tidak membiarkan sehingga bakteria membiak. Sekiranya anda baru membeli botol tolong cuci dahulu sebelum digunakan


Cara Cuci Botol Susu Yang Betul


2. Bersihkan Sinki

Sebelum anda hendak mencuci botol anak anda pastikan anda bersihkan sinki terlebih dahulu dan kotoran yang berada di sinki agar tiada bakteria membiak


Cara Cuci Botol Susu Yang Betul


3. Sediakan berus dan span

Pastikan anda sediakan berus dan span khas untuk membasuh botol susu, pam botol , alat pengepam dan puting anak anda. Jangan campurkan span dan berus ini untuk kegunaan yang lain.


Cara Cuci Botol Susu Yang Betul


4. Asingkan Setiap Bahagian Botol

Semasa anda hendak mencuci dan membasuh disarankan anda asingkan setiap bahagian agar senang di cuci. Jangan lupa cuci setiap celahan kotoran bahagian botol agar bersih dan diyakini tanpa sisa kotoran


Cara Cuci Botol Susu Yang Betul

5. Mensterilkan Botol

Jangan culas dalam soal mensterilkan setiap bahagian botol anak anda. Ada pelbagai cara untuk mensterilkan botol anak dengan menggunakan stim elektrik, ketuhar gelombang mikro, air didihan , dalam mesin basuh pinggan mangkuk dan air sejuk. Alat pam susu manual atau elektrik anda pun harus di sterilkan bagi mengelakkan sebarang bakteria


Cara Cuci Botol Susu Yang Betul


6. Biarkan botol kering

Anda perlu pastikan botol anak anda kering dan bebas dari sebarang kelembapan bagi mengelakkan bakteria membiak. Sebelum anda menyediakan botol susu anak anda pastikan botol anak anda kering dan bersih


Cara Cuci Botol Susu Yang Betul


7. Cuci Tangan

Dalam proses mencuci , membasuh dan sehingga dalam proses penyediaan botol susu anak anda pastikan tangan anda bebas dari sebarang kekotoran


Cara Cuci Botol Susu Yang Betul


8. Gunakan bahan pencuci yang bebas bahan kimia

Pemilihan sabun atau bahan pencuci yang bebas bahan kimia penting untuk mencegah bayi anda tercemar dengan sebarang bahan yang menyumbang risiko kepada bayi anda


TAHUKAH ANDA ?

Sesetengah bahan pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata



Cara Cuci Botol Susu Yang Betul



DISH WASH CONCENTRATED tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya lain


SANGAT MESRA ALAM

  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

SANGAT SELAMAT
  • Tidak bertoksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan
  • PH seimbang
  • Tanpa bahan kimia berbahaya

SANGAT BERKESAN
  • Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak dan berkerak
  • Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci 
  • Buih sabun yang lebih tahan lama

Kebersihan penjagaan botol susu dan puting bayi anda sangat penting supaya anak kita terhindar dari sebarang penyakit yang mudah menyerang imun badan anak yang tidak matang. 


Letih tau jaga anak yang tidak sihat. Anda akan selalu cuti dan mc apabila anak anda jatuh sakit. Maka cara cuci botol susu yang betul dari awal penyediaan susu  membantu anda sekeluarga lebih sihat dan produktif. Saya sarankan anda menggunakan pencuci HAND DISH WASH wajib ada dalam setiap rumah. 


Sekiranya anda berminat boleh WHATSP 012.933.4070-asfa untuk pembelian.



No comments:

Post a Comment

Jenis Buasir Dan Cara Atasi Buasir Dengan Cepat

Cara Atasi Masalah Buasir Berdarah  Apa Itu Buasir Buasir atau hemorroid adalah salur darah vena yang membesar di bahagian re...