Tuesday, 9 May 2017

Tips Penjagaan Rambut



Tips Penjagaan Rambut



Masalah keguguran rambut selalu terjadi tanpa kita sedari. Penjagaan rambut dari awal lagi sangat penting. Rambut merupakan aset yang berharga bagi semua orang. Semua orang impikan rambut yang hitam lebat sihat cantik dan bersinar. Ada pelbagai jenis rambut bagi setiap orang. Oleh itu cara penjagaan rambut juga berbeza kepada setiap orang. 


Seperti kulit anda , penjagaan mahkota berharga ini amat penting dan memerlukan belaian harian agar rambut sentiasa sihat dan rapi. Jika anda abaikan penjagaan rambut pasti akan merasai perubahannya. 


Tanda awal masalah rambut :
  • Masalah kulit kepala berminyak
  • Masalah kelemumur
  • Masalah kegatalan kulit kepala
  • Masalah rambut gugur
  • Masalah rambut rosak dan berbuah
  • Masalah rambut berbau
  • Masalah kulit kepala jelas kelihatan
  • Masalah gumpalan rambut pada sikat

Punca masalah rambut :
  • Keturunan
  • Faktor umur
  • Faktor cuaca
  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Tekanan fizikal dan stress
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Alahan dan alergik
  • Jangkitan kulat pada kutikel rambut
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Proses kimia produk dandanan rambut
  • Kekurangan nutrisi
  • Penggayaaan alat pemanas atau pengering rambut


TIPS PENJAGAAN RAMBUT :

1. Penggunaan sikat yang betul

Sebelum anda masuk di dalam bilik air saya menyarankan anda untuk menyikat rambut terlebih dahulu menggunakan sikat gigi lebar bagi mengurangkan penggumpalan rambut semasa mencuci rambut


2. Getah rambut yang sesuai

Pilih pengikat rambut yang sesuai dari bahan seperti kapas dan pengikat berenda untuk mengurangkan geseran rambut


3. Elakkan produk bahan kimia

Jauhi rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia
Cuci rambut secara berkala . Saya mengesyorkan 3 kali seminggu bagi mengurangkan rambut kehilangan kelembapan minyak semulajadi


4. Gunakan air sejuk

Elakkan membasuh rambut menggunakan air panas. Suhu air panas menyebabkan rambut menjadi kasar dan mengerbang maka gunalah air sejuk semasa mencuci rambut untuk melembutkan kutikel rambut lebih segar


5. Pastikan rambut kering sebelum bertudung

Jangan basahkan rambut ketika hendak memakai tudung. Keringkan menggunakan pengering rambut dahulu sebelum bertudung. Jangan biarkan rambut basah dan lembab nanti rambut anda mudah berbau berkelemumur dan bercabang


6. Jangan ikat rambut terlalu ketat

Sentiasa longgarkan ikatan rambut untuk memberi ruang rambut anda bernafas. Rambut yang diikat terlalu ketat boleh merosakkan rambut dan meyebabkan keguguran rambut


7. Potong hujung rambut

Trim atau potong rambut hujung rambut anda setiap 2 bulan bagi mengelakkan rambut bercabang di hujung rambut


8. Gunakan perapi dan syampu yang sesuai

Gunakan perapi dan pelembap rambut untuk memastikan rambut lebih bersinar. Jangan gunakan minyak rambut yang terlalu berminyak dan mempunyai bahan kimia yang tinggi. Gunakan syampu dari bahan semulajadi yang sesuai mengikut jenis rambut dan masalah kulit kepala anda


9. Rawatan rambut

Manjakan rambut anda dengan mengunjungi salon muslimah secara berkala untuk merawat rambut memperbaiki kulit kepala dan mencantikkan rambut anda


10. Pemilihan anak tudung yang sesuai

Jangan lupa memilih penggunaan anak tudung atau inner yang berasaskan kain kapas untuk membolehkan peredaran udara sampai ke kulit rambut anda. Pemilihan material tudung yang sesuai sejuk selesa dan tidak terlalu tebal tidak jarang atau menampakkan bahagian aurat
 

11. Amalkan diet yang seimbang

Jangan lupa amalkan makanan yang seimbang bagi mengelakkan masalah rambut dari berpanjangan dan amalkan makanan tambahan untuk pertumbuhan sel rambut dan memperbaiki kesihatan kulit kepala


12. Kawal stress anda

Digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengurangkan ketidakstabilan hormon dan tekanan dari pelbagai aspek


13. Pengambilan air putih yang cukup

Jangan lupa mengambil air putih 3 liter sehari


Saya dah kongsikan tips penjagaan rambut yang betul. Anda dah tahu punca dan tanda awal masalah kerosakan rambut. Jadi anda masih belum terlambat untuk amalkan tips penjagaan rambut bagi mengelakkan terjadinya masalah rambut walaupun anda seorang yang sibuk. Anda juga boleh menggunakan rangkaian produk penjagaan rambut iaitu PROSANTE HAIR CARE



TIPS PENJAGAAN RAMBUT



1. LONG LASTING FINISHING SPRAY 

Medium Hold memastikan gaya rambut tidak berubah. Memberikan perlindungan uv dan mampu meluruskan rambut yang kerinting dan mudah kusut.


2. REVITALIZING SHAMPOO

Membantu melebatkan rambut  dan menanggalkan minyak berlebihan dari kotoran dan produk dandanan rambut. Rambut lebih segar dan lembap agar kulit kepala rasa selesa dan ringan


3. PURIFYING SHAMPOO

Membantu menyingkirkan sisa-sisa dari produk dandanan rambut dan menanggalkan segala kotoran pada rambut


4. REPLENISHING CONDITIONER

Perapi dan pelembap rambut tanpa merosakkan atau mengeringkan setiap helaian rambut. Rambut lebih bersinar dan mudah disikat


5. LIGHTWEIGHT CONDITIONER

Membantu rambut lebih lebat berkilat dan sihat. Penggunaan berterusan rambut akan mudah diurus ringan dan tidak kusut


6. NOURISHING SCALP TREATMENT

Membantu mengurangkan rambut gugur dan rambut lebih sihat. Formula tanpa bilasan cukup lembut untuk digunakan setiap hari  dan selamat digunakan untuk semua jenis rambut


KENAPA PERLU PILIH PRODUK PROSANTE


Produk ProSante hanya menggunakan ramuan canggih berteknologi tinggi ( state-of-the-art ) yang membantu struktur semulajadi rambut dengan menyeimbangkan minyak dan kelembapan kulit kepala untuk lebih bersinar dan sihat. 

  • Tiada natrium lauryl sulfat (SLS) atau natrium laureth sulfat (SLES)
  • Tiada cocamide DEA atau lauramide DEA
  • Selamt untuk semua jenis rambut
  • Keseimbangan PH
  • Tiada propilen glikol
  • Tiada quartenium 15
  • Tiada bahan pengawet "Penderma Formadehyde"
  • Tiada warna atau bahan pewarna
  • Tidak mengeringkan kulit kepala
  • Telah diuji secara klinikal membantu memperbaiki rambut rosak dalam masa 30 hari
  • Telah diuji oleh pakar dermatologi
  • Tidak diuji ke atas haiwan
  • Tidak menyebabkan folikel rambut tersumbat

Semoga tips penjagaan rambut yang saya kongsikan membantu anda mendapatkan rambut yang cantik dan bebas dari masalah rambut.


SEKIRANYA ANDA BERMINAT MEMILIKI SET RAMBUT SIHAT PEMBELIAN BOLEH DIBUAT SAMADA SECARA ONLINE KREDIT CARD ATAU DEBIT CARD. ANDA JUGA BOLEH WHATSP 012.933.4070-asfa


BOLEH DAPATKAN PRODUK SHAKLEE SECARA COD SEPERTI DI :

PENGEDAR SAH SHAKLEE SUNGAI BULOH
PENGEDAR SHAKLEE KUANG
PENGEDAR SHAKLEE KUNDANG
PENGEDAR SHAKLEE BANDAR BARU SUNGAI BULOH
PENGEDAR SHAKLEE BUKIT RAHMAN PUTRA

***produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat
 menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


1 comment:

Jenis Buasir Dan Cara Atasi Buasir Dengan Cepat

Cara Atasi Masalah Buasir Berdarah  Apa Itu Buasir Buasir atau hemorroid adalah salur darah vena yang membesar di bahagian re...